June 05, 2009

ADAKAH INI YANG KU INGINKAN..KU CARI DAMAI DIHATI.. part 3 (end)


Membuat keputusan merupakan perkara yang paling payah dalam hidup. Mudahlah kiranya keputusan itu dibuat tidak melibatkan hati sesiapa. Biar aku sahaja yang terluka, biar aku sahaja yang menangis, biar aku sahaja yang menyesal. Tidak sekali-sekali aku melibatkan orang lain yang terpenting dalam hidup. Malangnya tidak semua keputusan melibatkan aku sorang sahaja sebaliknya lebih banyak keputusan dalam hidup yang bakal melibatkan banyak orang. Pasti banyak hati yang kecewa. Kerana tidak mahu mengecewakan sesiapa aku mangambil keputusan untuk menaggungnya sendiri. Aku tegar mengambil keputusan sebegini bukan kerna tidak kasihan pada hati tapi sekurang-kurangnya aku tidak mahu ada banyak lagi hati yang terluka. Perit sudah pasti..biarlah. Biar saja semua yang ada dalam hati menjadi nanah hingga ke satu hari aku dijemput bertemu DIA yang abadi.

Mudahnya menjadi anak -anak kecil. Tidak ada apa yang perlu difikirkan semuanya diuruskan. Pun begitu setiap dari kita menjadi dewasa juga. Menjadi dewasa dengan cara dan keadaan yang tersendiri. Kadangkala kita tidaklah memilih untuk mnjadi siapa kita hari ini. Dan sesiapa pun kita hari ini usahlah takdir yang harus dipersalahkan. Kita membentuk masa depan dengan doa dan harapan. Dan seandainya doa dan harapan yang kita minta tidak tertunai mengikut cara dan keadaan yang kita mahukan, kita masih belum lagi jauh tersesat. Sebaliknya selagi kita bernyawa DIA sedang memberikan kita peluang untuk memperbetulkan apa jua yang dinamakan kesilapan. Membuat kesilapan tidaklah menjadikan kita cacat pemikirannya. Sebaliknya dengan kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan menjadikan kita manusia yang lebih tau akan menghargai hidup dalam erti hidup yang sebenar. Belajar lah bersyukur untuk segala musibah yang menimpa. Atas rasa yakin dan percaya itulah, aku dapat merasakan yang kehadirannya lewat musim itu ada hikmahnya dan DIA merupakan antara cerita terindah sepanjang kedewasaan ini.

Hati sudah penat berlari. Tidak juga aku temukan dimanakah hentiannya. Pun begitu aku belum mahu berhenti. Aku akan terus berlari sehingga ketemu destinasi yang pasti. Biar diseka sahaja peluh dan air yang tidak mahu berhenti ini. Aku akan terus berlari kerna aku tahu suatu hari nanti langkah ini kian perlahan dan ketika itu semuanya bakal meninggalkan aku tanpa penah aku sedari dimakah penghujungnya...


The END....

1 comment:

avegalion said...

fuyoo.. cam ayat novel jer... heee