June 02, 2009

ADAKAH INI YANG KU INGINKAN..KU CARI DAMAI DIHATI.. part 1

Mampukah kita melupakan insan-insan yang penah singgah di hati ketika bagitu sahaja? Mampukah kita membiarkan saja setiap kali kenangan bersama mereka menerpa ke benak kita? Biar dalam bentuk apapun jua perpisahan itu. Sama ada kita yang meninggalkan atau dia yang berlalu pergi, hakikatnya kenangan yang tercipta tidak mungkin merkubur begitu sahaja. Biar apa pun bentuk kenangan yang ditinggalkan, pahit, manis, suka mahupun duka insan-insan ini akan tetap diingati. Ada ketikanya rindu itu datang juga. Datang dalam bentuk yang pelbagai. Dan rindu yang hadir itu tidaklah begitu mudah untuk disingkirkan. Sebagaimana sukarnya untuk mencipta kenangan, begitulah sukarnya untuk melupakan. Walau jauh mana mengasingkan diri, kenangan itu tetap bersemi di dalam hati. Bukan tidak mencuba, sebaliknya sudah sehabis daya. Namun rindu itu seringkali mengganggu lena. Lalu tidurlah kita bertemankan si air mata. Sayu dalam hati hanya DIA yang tahu. DIA Yang Maha Mengetahui Segalanya.

Sukarnya membunuh kenangan. Walau betapa hebatnya kita cuba melupakan, kenangan itu tetap memburu. Menjadikan kita insan yang kadang-kadang hilang kewarasan. Hilang kewarasan atas dasar terlalu mahu hidup dalam kenangan. Kita menjadi nahar dengan perasaan yang satu ini. Perasaan yang sudah sekian lama diusir namun ia datang jua. Seakan mahu menjerit pada alam, bawalah aku jauh, jauh dari semua kenangan dan peristiwa silam yang menyakitkan ini. Berilah ruang untuk aku bernafas kembali. Dan ketika hakikatnya suara yang menjerit itu tidak kedengaran, kita menangis lagi. Menangis sedih mengenangkan sebuah perpisahan.

Perpisahan dalam bentuk apa pun jua selalunya terjadi tanpa sempat diduga oleh akal. Dan pada waktu itu tidak lah sempat untuk menyediakan diri dalam bentuk apa sekali pun. Perpisahan sama ada dengan yang hidup atau yang perginya tidak kembali, tidak dapat tidak, pasti sahaja menyebabkan kita mengalirkan air mata. Hebat sungguh penangan sebuah perpisahan. Puas disekat air mata yang tumpah kala menadah tangan memohon kekuatan dari DIA, namun air mata itu tumpah jua. Penuh kusyuk memohon supaya diizinkan untuk mngusir bayang wajahnya jauh dari kotak fikiran. Bermohon semoga diberi kekuatan untuk meneruskan hari esok dan lusa dengan dengan penuh rasa bahagia.bermohon tanpa henti, bermohon dan bermohon semoga ditemukan sinar dihujung penantian. Namun jalan masih kelam. Walau dikumpul seribu kekuatan, jasad sudah tidak bermaya lagi. Dan pada waktu kita sebenarnya sudah mati sebelum mati.
bersambung ke part 2......

No comments: