June 03, 2009

ADAKAH INI YANG KU INGINKAN..KU CARI DAMAI DIHATI..part 2


Peritnya perpisahan namum masih ada juga yang memilih untuk berpisah. Masih ramai yang memilih untuk tidak lagi bersama dia, mereka yang dianggap teman atau saudara sehidup semati. Mengapa jadi kalut begini? Tidak takut kah untuk mengharungi hari-hari yang mendatang tanpa kehadiran oarang- orang yang disayangi? Jangan diajukan soalan yang sama kepadaku. Kerana aku manusia yang terlalu lemah hatinya. Selalu tidak mampu menjalani hidup dengan cara terbaik bila hati ditinggalkan sepi. Aku tiada jawapan. Aku lebih suka memilih diam dari menjawab pertanyaan-pertanyaan yang begitu. Pertanyaan yang tidak sepertinya itu hanya menjadikan aku insan yang hilang kata-kata ditengah kekalutan manusia. Hentikan soalan-soalan yang menghimpit begitu. Jangan desak aku memberi jawapan, kerana aku tidak mampu memberikan jawapan secara lisan. Aku nekad, nekad untuk tidak menjawab soalan begitu.

Aku menjadi lesu melawan perasaan sendiri hakikatnya aku tahu yang kadangkala perpisahan itu lebih baik daripada bersama. Bila sudah tiada keserasian antara akal dan hati pada dua jiwa, maka perpisahan adalah jawapan yang paling baik. Tapi sungguh, aku tak sangup. Walaupun ia adalah perkara yang boleh difikirkan saat itu. Sekali lagi aku menenangkan kata hati. Aku tolak mentah-mentah apa yang akal cuba katakan, kerana satu sebab, kerana dalam hati ini aku letakkan dia. Dalam hati inilah aku letakkan mereka. Dia mereka semua nya insan-insan yang disayangi sepenuh jiwa. Lalu aku putuskan saja untuk mengikut apa yang mahu dikatakan oleh hati. Biar berbalah sekalipun. Aku sanggup. Asalkan hati tidak menanggung pedih dan luka berdarah lagi kerana peritnya menanggung perpisahan. Aku sudah tidak sanggup.

Aku mahu membenci tapi belum pun perasaan itu bermula aku sudah lebih menaggungnya. Itu yang besar lebih mudah memupuk rasa sayang pada seseorang dari mahu membenci.itu yang aku rasa kerana dengan hanya membenci menjadikan aku manusia yang tidak berperikemanusiaan kepada manusia yang lain.ia hanya manjadikan aku manusia yang hilang sifat manusianya. Lalu aku putuskan untuk tidak membenc. Sekurangnya tidak untuk sekali ini. Tidak mahu membenci walau sesiapa pun. Biar apa pun yang dialakukan oleh orang-orang disekeliling aku memutuskan untuk tidak membenci mereka. Aku tidak mahu dilihat dengan muka yang penuh dengan hasad dengki kerana membenci. Aku juga tidak memutuskan itu semua.


bersambung ke part 3 .......

3 comments:

~s.y.e.d~ said...

Perpisahan adalah satu kewajipan dalam setiap pertemuan. Sama seperti sebatang pen, setiap kali ia mula menulis, satu masa akan tiba dimana dakwat pena tersebut habis, maka terpaksalah pena itu berhenti. Begitu juga dgn pertemuan. ;)
erM, jauhi perasaan hasad dengki kerana itu adalah salah satu perkara yang boleh menghancurkan persaudaraan. ;)
mnusia mmg tidak terlepas dari sebuah perasaan, namun itu tidak bermakna kita tidak boleh mengawalnya. ;)
cheer up okeyh? =))

~dAmHa_IrKuHs~ said...

yup..
mmg stiap yg blaku akan ada pghujungnya
n stiap pghujungnya br kita akan sedar betapa pentingnya kehidupannya itu...
thnx

aQrEz said...

Tapi shuk adalah seorg yg terbaik kan..
tg terbaik dlm kehidupan shuk..
Hehehe