January 09, 2009

~ kemaafan yg susah dungkap...~

salam kalian..

malam ni aku cam xde mood nak tulis blog ni dsebabkan oleh beberapa kisah silam yang tak dapat aku lupakan...
sedang aku membelek barang2 lama, aku terjumpa sekotak cd lagu2 lama yang aku simpan dbawah katil...
kotak tu agak bhabuk mgkin sebab dah lama tak dusik..
then bila aku buka kotak tu terasa meremang bulu roma aku..
mgkin kerna aura yang ada dlm kotak itu membuatkan aku seram...

belek punya belek aku terjumpa sekeping cd lagu lama yang memuatkan lagu2 lama...
then aku buka laptop n mndengar lagu lama itu..
bila aku dengar sebuah lagu tu hati aku jadi sebak...
bukan sebak kerna lagu tu tapi sebak kerna teringatkan kisah2 hitam dalam hidup aku..
aku cuba untuk bertenang akan tetapi sifat sebak mula menjalar dalam hati aku..
kisah yang banyak aku simpa sejak kecik sehingga dewasa...
xpernah aku ungkit kisah ini kepada umum..
ntah kenapa malam ni terasa cam nk luahkan sikit...

sejak kecik life aku susah nak jangka..
kengkadang hepy ...
kengkadang sedih...
aku susah untuk dkawal..
sifat panas baran ni gak wat aku susah nk idup..
dtambah dgn sifat pedendam yang tebal dalam diri aku..
kisah silam aku yang lama pun aku masih ingat dan akan aku ingat sampai bila2...
kawan2 yang banyak menyusahkan aku juga masih aku benci...
kenapa kemaafan itu susah betul untuk diungkap...
sedangkan ia hanya sebuah perkataan...

kemaafan memang mudah untuk djelaskan akan tetapi keikhlasan dalam memaafkan seseorang itula yang menjadi penghalang...
life aku memang sentiasa ditimpa musibah bila berkawan..
kenapa kawan suka makan kawan...
seumur idup aku aku hanya ada seorang rakan yang aku gelar sahabat...
mengenalinya dari sekolah tadika merupakan detik permulaan perkenalan kami..
sehingga meningkat dewasa kami juga masih bersama sehingga kini...
dia sahaja la yang faham akan isi hati dan masalah aku...
walaupun susah untuk berjumpa dengannya selalu...

aku cuba untuk mendapatkan kawan...
tapi memang susah untuk mempercayai seseorang bila kita pernah dlukakan...
kalau sekali terluka mungkin tak nampak kesannya...
tapi ini dah bnyak kali...
mgkin luka kecil pun boleh menjadi nanah..
dan dsebabkan itu aku susah untuk mngungkap kemaafan kepada mereka yang pernah melukai hati aku...
mungkin ambik masa la untuk memaafkan dia...
atau aku akan mncari ruang dalam hati ini untuk menerima dia semula...

tggu sehingga pintu hati aku akan terbuka....

No comments: