August 02, 2011

~ perjalanan ini ~



Terlalu lama rasanya aku tidak mencoretkan sebarang aktiviti aku kebelakangan ni dalam blog ni. Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat aku elakkan.

Alhamdulilah…dah hampir 4 bulan aku melangkah kaki jauh dari bumi johor bahru..kini aku bertapak di bumi metropolitan kuala lumpur. Dengan azam dan semangat untuk memajukan diri ke arah yang lagi bagus. Kini aku telah diarahkan bertugas di salah sebuah institusi kerajaan yang besar di kuala lumpur. Kini aku juga sedang belajar untuk menyesuaikan dgn keadaan sekitar. Dengan kekawan yang baru dan perjalanan kerja yang baru. Aku juga mengharapkan sinar kebahagiaan muncul dgn kehadiran aku di bumi kuala lumpur ini. Aku juga masih merindui kenangan dan saat yang terindah dibumi johor bahru. Walau seketika tapi amat bermakna. Di bumi johor bahru la aku belajar untuk hidup dan di bumi johor bahru la aku blaja tuk mengenal apa itu erti kehidupan sebenar.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul….perjalanan hidup ini tidak akan berhenti disini. Aku teruskan perjuangan walau apa jua yang berlaku. Kini aku lebih positif dalam meneruskan perjalanan hidup. Biarkan kenangan yang lalu pergi tanpa perlu aku ingati. Kerna kenangan lalu membuatkan aku terluka dan pedih memakan diri. Kini aku gembira dengan apa yang aku ada. Aku kini lebih rapat dgn keluarga dan makin rapat dengan teman2 yang sudi bersama aku.

Ya ALLAH…terima kasih diatas segalanya…kau mmudahkan setiap urusan dan perjalanan hidup aku. Dan aku berharap agar perjalanan hidup ini akan terus di terangi dengan cahaya nur yang mewangi…

No comments: