July 30, 2008

senyum kalau taknak tua....


Orang kata senyum itu sedekah, so kalau ada orang yang mintak kita senyum, maksudnya orang itu peminta sedekah la yek…
Hehe…gurau je…

Okey sebut pasal senyum ini secara purata kita menggunakan 43 otot semasa mengerutkan muka. Maksudnya muka masam mencukalah tu! Manakala hanya 17 otot saja yang digunakan untuk kita memberikan senyuman yang manis. Kalau tak percaya cubalah senyum atau mengerutkan muka yang mana lebih selesa?


Jawapannya senyumla kan..
Satu lagi fakta yang perlu anda tahu, setiap 2000 kali anda mengerutkan muka, secara saintifiknya anda akan mendapat satu kedut di muka anda. Sebab itu orang tua-tua cakap kalau marah nanti cepat tua…
Indahkan hari anda dengan senyuman…