March 27, 2009

> rEnUngAn BuAt TeMaN <



Jangan Beza-bezakan Anak Kita

Tolong korbankan masa mu…mungkin ia amat bernilai…

Jgn pndg hina org keje kilang…….n jgn bezakan anak2

Selagi hayat ada ... Bahagiakan IBUBAPA

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. 'Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,'beritahu pegawai itu lagi.'Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,' janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

'Pah... oo..Pah!' teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
'Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?' tanya Mak Pah.
'Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, ' cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.'Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.'
'Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat- lewatnya minggu depan.'
'Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.' Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
'Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka
tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.'
Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.
'Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding,' cadang Pak Uwei.

'Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak.' Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.
'Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.' Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.
'Tapi bang?... '
'Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala.

Saya nak telefon budak-budak tu,' pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.



'Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik
sama?' tanya Balkis.

'Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada
ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ,' balas Pak Uwei.

Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas
bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

'Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung
belajar lagi.' Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak
bekerja kilang.
'Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.
Kerja kilang pun bukannya haram.' bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.

'Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?'

'Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah.' Intan cuba membuat abahnya faham.
'Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!'
'Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang,' balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.
'Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!' Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.


'Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit,' Pak Uwei
memulakan bicara.
'Hajat apa pula abah?' tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
'Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan
bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis bantusikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,' Pak Uwei mengutarakan
hasratnya.
'Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje
keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi
bolehlah Az ikhtiarkan,' ujar Muaz.
'Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-
lewatnya minggu depan.'
'Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak
pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan
budak-budak ni Az keluarkan,' jawab Muaz serba salah.

'Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?' tanya
PakUwei melindungi kekecewaannya.

'Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak
tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak
rugi abah, pelaburan masa depan juga,' sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. 'Kamu macam mana Kis,
boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki
durian berbuah kat dusun kita tu nanti,' Pak Uwei berpaling Pada Balkis.

'Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit
simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham
ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.'

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

'Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh.
Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit
pinjaman.'
'Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan
sendiri baru elok,' sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu
yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

'Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi,' Mak Pah bersuara cubameredakan keadaan.

'Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?' Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat
kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

'Anak awak tu tak balik ke?' tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak
turut serta balik bersama abang dan kakaknya.

'Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,' balas Mak Pah sambil mencapai
kain selendangnya.

'Nak ke mana pulak tu?' tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.
'Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi
kegemarannya. ' Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

'Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?'

'Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.'

'Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan,' suruh Mak Pah.

'Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu.'sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedangmenikmati juadah tengah hari.

'Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.
Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.'

'Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya,' usik Intan tak bertangguh
mencapai pinggan.

'Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,' jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
'Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ,' ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabarnyang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

'Apa hal... kamu nak kahwin ke?' soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan
meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. 'Abah ni... ke situ pulak....'
'Habis tu?'
'Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni,
resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan inidua
ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat
kenduri doa selamat sebelum
berangkat nanti.'Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

'Apa??' Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya
bagai tidak percaya.

'Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh
Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat
nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang tak seberapa ini dari Intan,'tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.
'Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah
selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi
akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah,' luah Pak Uwei
sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini
dimusuhinya.'Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan.'
'Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan...'ujar
Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.
'Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni,' MakPah
mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.
'Mak ni... ,' gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.


Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang
menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembiranbercampur hiba.
'Semua dah siap ke mak?' tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya
memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.
'Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana
nanti?'
'Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang
penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.'
'Hah, awak dengar tu.... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, nak membeli-belah, ' tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.
'Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu
yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,'
pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan.
Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.
Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei
mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah
menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap
di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap
tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah
suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan
pergi jauh.
'Kenapa resah aje ni, bang?' Mak Pah terjaga.
'Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.'

'Sabarlah, dah nak sampai dah ni,' pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

'Mak... abah... ,' Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya
tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

'Mana yang lain ni, kamu berdua aje?' Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari
wajah Intan.

'Mereka menanti di rumah, abah,' beritahu Azman suami Balkis sambil
mencium tangan Pak Uwei. 'Intan pun tak datang juga ke?' Tanya PakUwei
terasa hampa.

'Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.' Mak Pah
menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

'Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia
panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.' cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang memandu.

'Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,' balas
Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

'Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu,
abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak
bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?'

'Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,' ajak Azman menukar tajuk perbualan.

'Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,' tolak Pak Uwei.
Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis
meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long
Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.
'Mak dengan abah sihat ke?' tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa
mentuanya.

’Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?' Mak
Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

'Naik dulu Ngahnya...,' suruh Long Semah.

'Intan mana?' Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu
di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil
yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

'Az... mana Intan? Mana adik kau Az?' tanya Pak Uwei dengan suara yang
menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.
'Sabar abah... ,' Muaz menggosok belakang abahnya.

' Kenapa Az ... kenapa?' Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

'Mak... Intan dah tak ada mak,' Balkis tersedu memeluk emaknya yang
lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan.
Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. 'Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan
tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,' pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

'Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan
hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.
Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih
atas pemergiannya.
Dia minta kita doakan dia,' Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.
'Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?' tanya Mak Pah
tersedu sedan.
'Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hariJumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenangmak,'
cerita Muaz. Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,'Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana .. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat..'

Tamat....

Menitik air mata saya

Moral cerita ... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa
sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah
sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita
bernyawa. Renung-renungkan. ....


Ø Allah telah menetapkan setiap yg di jadikan olehNYA pasti ada perkara yg TERSIRAT
Bermohonlah supaya kita di beri HIDAYAHNYA… kerana ia adalah jalan yg sukar ditemui w/pun kita Seorang yg CELIK matanya…

3 comments:

Anonymous said...

pjg tul tulis...ke copy paste je...
dr pembacaan ni sy rase la
mcm berkias pasal diri sendiri je.
kan?
hehehe

i know lah...

Anonymous said...

yg part jgn bezakan anak tu...
memang ade kena mengenakan?
dont b sad
setiap kejadian ade hikmahnyer
cube lihat diri kamu ari ni...
adakah kamu akan jd ape yg kamu jd ari ni if semua tu tak terjadi?

renung2kan lah...

Hazwan Hassan said...

a very gud story n morale...setiap yg brlaku sure ade sebab nye..
citer u ni wat i pkir sumting regarding my past days..
thanks..