December 06, 2008

.:. R.e.u.n.i.o.n .:.

salam semua...
pada 6 disember yg lalu aku telah menghadiri majlis perjumpaan bekas pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjong Keramat dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Kuala Selangor yang di adakan di Restoran Pantai Jeram...
kehadiran seramai 75 orang bekas pelajar sekolah rendah telah memeriahkan lagi suasana...
setelah 10 tahun tidak berjumpa, majlis seumpama ini telah mempertemukan kembali kami yang telah lama terpisah...
gembira giler dapat bjumpa semula rakan-rakan seperjuangan yang telah terpisah semenjak tahun 1998.
walaupun tak semua yang dapat hadir aku rasa puas ati dengan kehadiran pada malam itu..
majlis malam itu di mulakan dengan pendaftaran borang alumni
dan operasi tak kenal maka tak cinta.
pengacara majlis pada malam itu ialah Amir Syafik dan Shamsinar...
makanan yang tersedia memang mengiurkan...
tapi malangnya aku tak leh makan seafood so dia orang terpaksa order lauk lain...wawawa....teruknya....
but aku still hepy pd mlm itu dgn kehadiran semua...
terima kasih sahabatku...
semoga kita dapat berjumpa lagi...

December 02, 2008

selamat pengantin baru...


alop...


hehe...

minggu ni aku dapat jemputan kawin dari orang yang xsangka akan berkahwin...

dia merupakan rakan opis aku...

so aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat...


MOHD ZAHID dan NOR SHAFINA


yang akan berlangsung pada


sabtu

20 disember 2008

(umah pengantin laki)


bertempat di


lot 5341, Kampung Bagan Nira

45200 Sabak Bernam, Selangor


Selamat Pengantin Baru...

semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...


~ semua dijemput hadir ~

happy anniversary my dear ~ V 1st year...

salam sekali lagi....

hari ni ramai yang mengucapkan tahniah atas ulang tahun yang pertama aku bersama insan yang paling aku cintai...
V ~ merupakan insan yang aku jumpa dan aku suka sejak pandang pertama...
perkenalan aku dengan V adalah atas ihsan kakak aku yang sulong...
aku mengenali V kira lama la juga sebelum pintu hati aku ni terbuka untuk menerimanya...
kasih n sayang aku pada V tak akan padam dek masa dan waktu....
V banyak berjasa kepada aku dan seluruh keluarga aku...
kehidupan aku tamdah meriah dan hepy sejak kehadiran V....
V banyak mengubah hidup aku....
dari terperap kat umah sehingga aku mengenali dunia ini...
pilihan hati aku memilih V memang tepat....
putih bersih bak mutiara....
cantik dan berseri bagai bidadari...
kerna itu lah hati ini susah untuk berenggang dengan V...

kini setelah hampir setahun aku bersama V hidup aku bertambah ceria...
aku amat bersyukur akan kehadira V disisi aku...
n akan aku gunakan masa dan waktu ini tuk bersamanya...
walaupun aku ada membuat salah padanya...
akan tetapi kesetiaan dan keprihatinan V membuatkan hati aku terus sayang padanya.....

V kaula segalanya....
kereta VIVA ku yang paling aku sayangi....
Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Pertama....

:)

inilah dugaan hidup..

salam sekalian....

dah terlalu lama rasanya aku tak mencoretkan sepatah dua kata kat laman aku ni...
aku bukan tak sudi tuk menulis sedikit coretan akan tetapi aku mengalami sedikit masalah...
disebabkan oleh musim yang tak menentu juga penyebab aku begini...

minggu ni merupakan minggu yang begitu mencabar kesabaran aku sebagai umat manusia di muka bumi ini...
aku mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan aku hilang tumpuan dan fokus akan segala benda yang ingin dijalankan..
aku mengalami demam panas akibat cuaca yang tidak mengizinkan...
aku juga mengalami masalah sakit tekak dan batuk akibat daripada had pemakanan yang tidak teratur...
aku juga mengalami sakit selsema akibat habuk2 dan hama yang dibawa oleh fail2 di stor opis aku...

so semua yang berlaku ini aku dapat hadapi dengan tenang coz aku memang sudah menyediakan ubat-ubatan yang diperlukan ketika kecemasan...
kini aku belum sembuh sepenuhnya akan tetapi aku masih perlu mendapatkan ubat antibiotik yang lebih untuk menyokong aku punya antibodi dalam badan...
supaya aku dapat terus menjalankan rutin harian aku...

keja kat opis pun makin bertambah di ikuti oleh jadual kursus aku yang berpanjangan so aku perlu ambik langkah berjaga-jaga untuk menghadapi cabaran yang akan datang ini...

di kesempatan ini juga aku ingin menasihatkan semua agar " sediakan payung sebelum hujan " dan pastikan segalanya lengkap untuk masa kecemasan nanti....

kesihatan adalah hakmilik setiap insan, jadi jagalah diri anda untuk kesejahteraan bersama...

November 14, 2008

~ kawan, sahabat, teman....~

prtama kalinya aku nak ucapkan ribuan terima kasih tu mmber aku yg masih mmnyokong aku walau pn aku brada dalam susah...
tu la yg dinamakan kawan, sahabat n teman...
aku pn masih lagi dalam proses nk melupakan segala coretan pahit dalam idup aku ni...
bagi aku yg sudah tu elok dilupaka aja...
kita kna teruskan hidup ni sbaik mungkin agar ada orang dapat respect diri kita ini...
sebagai manusia biasa aku sedar yg hidup didunia ni xleh nk puaskan hati semua pihak tapi aku dh cuba sdaya mgkin tuk wat yg terbaik dgn dia org..
n semua tu terpulang pada mereka tuk menilai aku..
so aku ingin memohon maaf kepada rakan2 yg mugkin aku ada terkasar bahasa or terlepas cakap...
semua tu xterduga....
perkenalan aku n kawan2 berbagai cara...
dari pekenalan di sekolah sampaila perkenalan di ruang chating...
tapi walau pn xpnh bjumpa aku stil terima support dari dia org...
support yg dia org bagi kt aku xde nilainya...
semua yg telah dilakukan xdpt aku balas...
hnaya tuhan yg dpt mmbalasnya...
n walau pn bgitu...
aku masih tak dpat nk puaskan hati semua pihak...
ada je yg tak puas hati dgn aku...
n aku terima semua tu sbagai cubaan n dugaan dalam berkawan...
hidup bkawan @ bersahabat ni byk pantang larangnya juga...
tapi slagi xterkeluar dari lndasannya aku rsa pe yg aku wat smuany betul...
kawan...
sahabat...
teman...
setiap perkataan ni mmpunyai mksud yg tersendiri...
mmg senang nk mncari kawan tapi susah nk cari sahabat....
n dalam byk2 sahabat cuma 1 @ 2 je yg leh jadi teman...
leh dikatakan kawan adalah tmpt tuk kita lpas suka-suka bersama...
sahabat bila kita leh share suka n duka bersama...
manakala teman bila kita leh share sgalanya...
dari suka , duka, pahit, manis n segalanya la...
teman susah sangat nk dicari...
tapi teman tak semestinya yg sama jantina...
teman yg leh kita bawa kehulu n kehilir...
n dia pn sangup berjuang n berhabisan kerna kita...
tu la rahmat tuhan yg datang...
kerna memberikan kita satu anugerah yg tiada bandingannya...
so kalau dalam dunia ni elok xpayah nk pilih2 kawan la...
hidup kt dunia ni kwn la yg amat kita perlukan..
mula dgn kawan n akan dbentuk tuk jadi sahabat n akhirnya terciptalah teman yg mmpu mmbuat kita tersenyum...
thnx kawan2...
thnx sahabat ku...
thns teman ku...
kerna membuatkan hidup aku lebih bewarna warni dgn hiasan senyuman mu...
semoga tuhan mmbalas jasa baik mu itu...
amin...

November 09, 2008

kenapa in terjadi...

perkenalan yang singkat membuatkan aku tertarik padanya.
bukan kerana paras rupa tapi kerna minat yang sama.
aku mengenali insan yang bernama R*Y A**AR pada awal bulan 10 dimana aku mngenalinya melalui satu laman perkenalan.
bermula dgn layanan sms hinggala pertemuan pertama pada 5 nov.
saat mula melihat dia aku tak terfikir untuk bercple dgn dia..
tp sejak dari mngenalinya aku rasa cukup untuk hati ini ingin mngenalinya dgn lbh lagi...
aku n dia bersembang tentang banyak perkara...
tentang life, tentang stdy, tentang love dan sebagainya..
seronok gak ri tu coz dapat jumpa dia ini kerna dia org pertama yg aku mngenali melalui ym n myspace.
aku memang tidak pernah keluar dgn member2 ym ni...
aku mngenalinya coz nk mnyelesaikan masalah yg ada antara bf dia...
tapi pe leh buat...
so perkenalan kami berterusan sampai saya mngajak dia tuk makan bersama..
seharian bersamanya terasa bagai seminit br masa berlalu..
aku tak kisah dgn semua tu...
tuk dpendekkan cerita aku keluar lagi dgn dia pada 8/11.
so kita org pn borak soal yang sama termasuk masalah dia dgn bf dia (S*AH)
aku masih leh terima jika dia ingin nasihat dari aku
tapi aku xdpt menerima pabila dia bertanya ttg hati...
dia ada mnanyakan aku 3 soalan..
n aku mnjawabnya dgn jujur..
tak sangka jawapan jujur dari mulut aku
ni hanya mampu membuat orang sedih n sakit ati...
pe salah aku hingga dia snggup wat aku camni??
jahat kah aku sampai diperlakukan camtu sekali...
hina kah aku sampai diperlekehkan camni??
aku masih tak faham dgn pendirian yg dibuat olehnya...
dia ada mmberitahu padaku yang dia masih sayang pada bfnya tapi aku xkisah semua tu...
aku pn suka dia as a frnds je kalau itu yg dia ingin kan......
tapi ingatkan kejujuran yg aku bg tau leh mnjernihkan keadaan rupanya semua tu meleset dari pandangan aku...
kini aku dihina dan di ketepikan akibat kejujuran yang aku wat...
sakit hati ni xde sapa yg dapat tolong.
perit sangat nak menerimanya...
aku rasa inilah balasan yang aku dapat dari pngalaman yg lalu...
inilah hakikat dalam mncintai seseorang...
inilah akibat dari berkata jujur....
Ya ALLAH,
hanya kau la tempat aku mngdu,
hanya kau la tempat aku memohon,
hanya kau la tempat aku berserah...
aku tau ini semua atas kemahuan mu...
aku akan terus berusaha tuk mnlupakannya...
tapi aku masih mngharap agar dapat dipusingkan balik masa yang telah lau supaya aku dapat membaiki perkara yg telah aku wat...
untuk insan yang bernama R*Y A**AR n S*AH...
thanx diatas segalanya...
tak sangka lak kebaikan yg diberi dibalas dgn kejian dan hinaan...
thnx kerna dapat kenal kalian
thnx kerna mmpu wat aku menangis
thnx kerna hadir sebagai kawan....
aku xmungkin akan lupa dgn segala yang telah kalian lakukan...
thnx ALLAH...
kerna masih memberikan aku nafas tuk hidup
n bagi aku akal fikiran yang waras tuk membuat pertimbangan...
terima kasih wahai sahabatku...
yang banyak mmbantu dari segala segi...
ingatlah sesungguhnya talian persahabatan itu amatla penting...
tggu lah pembalasannya wahai teman ku...
kerna snggup memutuskan tali persaudaraan islam dan persahabatan kita ini...
AMIN

November 08, 2008

Izinkan aku ~ erry putra


Ku Cari dimana dirimu
Kucari Segelap Waktu
Ku tahu kau coba untuk melupakan diriku
Ku tahu kau slalu merahsiakan hati

Berilah aku peluang
Izinkan aku kasih
Ku tak pernah lupa semua kenangan yang lalu
Ku tahu ku memusnah kan impian mu

C/o-Benarkan aku..
Kembali kepadamu..
Maafkan lah diriku
Atas kesalahan yang lalu
Izinkanlah aku...
Menepati Janjiku

Maafkan aku..
Dengarkan luahanku
Kembalilah kepadaku
Berdua seperti dahulu..
Izinkanlah aku..
Bersama Cintamu....

Ku Berharap kau memaafkan diriku ini
Ku tak bisa hidup tampa dirimu (Kasihku)..
woooo....
Wooooooo...
Wooo..ooo..ooo
(Ulang Chorus)..

Lagu by Aiman
Lirik by Erry Putra

~ hati ini... ~


" cinta sesama makhluk insan hnyalah sbuah kisah pertemuan dan perpisahan ....

antara yang terjalin berlaku diantara pertemuan dan perpisahan itu hnyalah pahit manis kenangan didalam sebuah kehidupan,

kerna cinta agung sejati dan berkekalan hanyalah milik tuhan,

hanyalah dia yg mngetahui segala rahsia misteri bumi....

November 06, 2008

~ timeless ~

Baby come close let me tell you this
In a whisper my heart says you know it too
Baby we both share secret wish
And you feel my love reaching out to you

Timeless,
Don’t let it end (no)
Now that you’re right here in my arms where you should stay

Hold tight baby
Timeless

Don’t let it fade out of sight
Just lets the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
It’s just timeless love

I see it all baby in your eyes
When you look at me I know I feel it too (yes I do)

So let’s sail away and be forever baby
Where the crystal ocean melts into the sky..

We shouldn’t let the moment pass
Making me shiver lets it last

Why should we lose it don’t ever let me go
Timeless,
Don’t let it end (no)
Now that you’re right here in my arms where you should stay

Hold tight baby
Timeless
Don’t let it fade out of sight
Just lets the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
It’s just timeless love

Baby its timeless
Oh baby its timeless

Hold tight baby
Timeless
Don’t let it fade out of sight
Just lets the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
It’s just timeless
It’s just timeless love

October 29, 2008

selamat hari lahir yg ke 22 thn...

detik 12 tgh malam 30 oktober merupakan detik yg paling bermakna bagi diri aku...
dimana lahir la insan yg bernama ahmad shukri ke muka bumi ini.
pada hari ni maka genapla umo aku yg ke 22 tahun...
setelah sekian lamanya aku berpijak dbumi ni...
bersyukur teramat kerna masih diberi nafas oleh ALLAH yg maha esa untuk hidup dan merasa akan nikmat hidup ini.
terima kasih buat ayah n bonda yang sela ini membesarkan aku sehingga begini besar...
begitu besar dugaan yg datang menimpa dalam membesarkan aku sehingga kini..
rasanya xterbalas segala budi yg dcurahkan oleh kedua ibu bapa ku itu...
n akan aku jaga mereka sehingga ke akhir hayat..
so tuk sekian kalinya aku merasakan hari lahir aku xbrapa meriah jika dibanding dengan tahun sebelumnya...
mungkin kerna aku sibuk dgn kerja n sibuk mnguruskan rumah...
tapi xpe...
aku buat smua itu untuk family aku gak...
so tahun ni aku budget nk wat yang terbaik dari tahun sbelumnya...
kalau boleh aku nk ubah cara idup aku yg kini..
kalau boleh aku nak jadi lebih matang dalam mmbuat keputusan...
kalau boleh aku nak lebih maju dari orang lain...
tu semua misi untuk umur 22 tahun ni.
tapi sebenarnya banyak lagi yang aku nak wat kalau leh nak wat sikit2 dulu n tgk perubahan yg ada.
so dikesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi wish kat aku...
dkesempatan ni juga aku nk memohon segala ampundan maaf andaai ada terkasar bahasa atau terlepas bicara.
so kepada insan yang bernama AHMAD SHUKRI B SALIM "Selamat Hari Lahir Yg Ke-22 Thn"
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki seumur hidup.....
amin....

October 24, 2008

timeless

Jodoh antara kita....

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Iabagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untukmembina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right danbiar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak berimankemudian nanti.
Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalusangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kitabenar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersamamasalah.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal sepertiitu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggangmotosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramaiorg yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunyamereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenahanak2, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebabkenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telahmelompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpauttatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannyagelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membukalorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
"Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
"`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yanglama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

October 22, 2008

hakikat pernikahan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???



- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party.



- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.



- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.



- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.



- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.



- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

di sebalik pangkal nama....

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting.

Berikut sebagai sedikit panduan.

*A (Akma)* Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

*B* Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

*C* Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan.Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

*D* Pendiam, bercakap hanya bila perlu.Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

*E* Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

*F* Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja..

*G* Kerap murung dan bersedih hati.Pendiriannya mudah dipengaruhi.Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

*H* Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut.Tidak pernah melukai perasaan orang lain.Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

*I* Suka memendam perasaan dan permasalahan.Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain.Suka menangis.

*J* Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan.Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

*K* Pandai berjenaka.Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah.Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

*L* Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan.Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain.. Amat berhati-hati bila berbelanja.Kelemahannya, tidak menepati masa..

*M* Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak.Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

*N * Baik hati dan rapi dalam berpakaian.Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

*O* Serba boleh.Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain.. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

*P* Pandai berjenaka dan selalu ceria.Punya banyak idea dan sangat kretif.Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

*Q* Setia dan mudah memaafkan orang lain.Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan.Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

*R* Pendiam dan bercakap hanya bila perlu.Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

*S* Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita.Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi.Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.(i'm a dangerous person.....hehehehe he.....)

*T* Sangat berdisiplin.Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

*U* Suka berterus-terang dan menyendiri.Naif baginya merugikan orang lain.Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

*V* Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat.Tidak suka berterus terang.

*W * Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan.Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan.Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

*X * Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial.Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

*Y * Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri.Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.Tidak berani mengemukakan pendapat.

*Z * Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


"secebis KASIH membuatkan kita SAYANG
seucap JANJI membuatkan kita PERCAYA
sekecil LUKA membuatkan kita KECEWA
tetapi sebuah PERKENALAN selamanya BERMAKNA"

October 18, 2008

tEnTaNg C.i.N.t.A

kali ini aku ingin mengulas beberapa perkara tentang cinta yang
aku rasa mungkin pernah dilalui oleh semua orang...
tidak kira sekali atau dua kali anda bercinta..
tidak kira umur kita bercinta...
tidak kira darjat kita menyinta...
tidak kira negara kita dicinta.... dan..
tidak kira hati yang kenal cinta...
perkataan cinta sudah sinonim dengan masyarakat dunia umumnya...
tapi kat malaysia cinta paling indah...
entah kenapa cinta begitu mudah diterima sedangkan hati tidak berkata apa...
aku masih tidak mengerti akan pe yang dimaksudkan dengan cinta...
orang akan berkata jika seseorang itu dilamun cinta hatinya berdegup dengan kencang..
apabila sseorang itu dilamun cinta bagaikan makan tak kenyang, mandi tak basah...
tapi kalau makan tak kenyang pe yang dia makan yek...
kalau mandi tak basah pe yg dia mandi...
aku pn pening...
rata-rata rakyat malaysia ni mula strt bercinta pada umur 9 tahun...
kira time tu br nak mula kenal erti cinta...
tapi ada gak yg br setahun jagung dah pandai bercinta...
kira bila dah meningkat remaja cinta makin menjadi-jadi...
segalanya leh terjadi disebabkan cinta...
segalanya sanggup diharungi kerna api cinta...
segalanya sanggup dihadapi sampai mati...
tapi semua tu hanya khayalan semata...
sungguh manis lidah berbicara...
begitu indah ayat yg dicipta...
tapi....
semua tu palsu belaka...
ingatlah...
hanya satu cinta yang berkekalan iaitu cinta kepadaNYA...
ALLAH yang maha esa...
renung-renungkan la...
- nukilan bicara -
+damhairkuhs+

+ selamat hari raya +


salam semua...


thanx coz masih lagi sudi mnyinggah kat blog sy ni...

soryla coz dh lama xupdate..

sibuk ke hospital je sejak posa..


dkesempatan ini sy ingin mngucapkan selamat hari raya...

walaupn dh nk msk 2 minggu kita mnyambut syawal yg bbahagia ini...

tp sy juga ingin memohon ampun dan maaf diataas segala kesilapan yg pernah sy lakukan...

nampak atau tak, terasa atau tak, dan hope semua kawan dapat menghalalka segalanya...


syawal tahun ni begitu berbeza dgn tahun2 sebelum ini...

syawal tahun ni sy smbutnya di hospital kerna menemani ayah tercinta menjalani pmbedahan pada raya ke 4.

tp sy bsyukur coz segala opration berjalan dengan lancar walaupn penantian selama 8 jam.

kini sy masih lagi menemani ayah disisi untuk proses pnyembuhan...

sy mndoakan agar segala nya bjalan dgn lancar...

amin...


so kepada semua sahabat...

masih ada baki-baki bulan syawal ni dapatlah dgunakan dengan sebaik mungkin...

dijempt kepada seluruh rakan umat islam @ bukan islam untuk datang kerumah...

rumah sy sntiasa menerima kedatangan anda...

September 12, 2008

ramadhan yg dberkati...




salam ramadhan al-mubarak...


so slamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakyat malaysia dan seluruh umat islm didunia ini...

diharapkan agar ramadan yang tiba ini dapat memulakan lembaran baru dalam kehidupan umat islam khususnya...

kepada semua rakyat malaysia hayatilah bulan yang mulia ini dengan 1001 pengertian dan keinsafan...

August 22, 2008

+ KASIH vs CINTA +


Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku
Sendiri, menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Meghembus dingin di wajahmu
Mengeringkan air mata
Kau belayar dijiwa

Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasan mu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah mempermainkan kini
Kau ingin aku membelai dijiwa

Walaupun kau bukan kekasihku
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Oh sayang ku

Tiada ku menduga setelah sekian lama aku
Sendiri, menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin diwajahmu...
Mengeringkan air mata
Kau belayar dijiwa

Walaupun kau bukan kekasihku
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Oh sayang ku

+ antara cinta dan sahabat +

Antara cinta dan persahabatan
Andainya ku diberi pilihan untuk memilih antara kedua-duanya
Andai ku pilih kedua-duanya
Kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku

Cinta....
Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya
Kerana disebalik keindahan cinta itu
Tersirat seribu kepahitan
Pastinya merentap kedamaian jiwa
Seorang pencinta setia
Tatkala ikatan diundang kekecewaan

Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan disebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara dibibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan ilahi
Lahirnya dari hati seorang insan
Berakal, beremosi penyanyang dan berperasaan

Persahabatan...
Suatu ikatan yang lahir dari hati
Keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
Tentang impian dan hidup ini

Persahabatan yang murni dan suci
Adalah sebuah perhubungan disulam dengan benang kejujuran
Di warnai dengan keikhlasan
Di curahi dengan kasih sejati
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan

Teman yang budiman
Mengertilah maksud ku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku
Sejak perkenalan kita

Kita bina tugu persahabatan
Yang dipagar besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah di laman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar dikau sentiasa mengingati diriku

minggu yang mencemaskan...


minggu ni aku bz dgn hal yg mencemaskan...
aku terpaksa antar my dad ke hospital selayang atas panggilan doktor...
ntah pe yang aku fikirkan smpai xde ms nk uruskan diri...
tiap2 hari aku terpaksa ulang alik dari umah ke
hospital...
kerja pn terpaksa half day...
tapi nasib baik bos aku memahami akan masalah yang dialami oleh pekerjanya...
aku mmg sk dapat bos camtu...
sekepala lak tu...
hehe....

so sepanjang minggu ni banyak la kerja yang aku terpaksa tangguh
n aku pn br dpt tau yang aku kena msk perbarisan hari kemerdekaan
so next week aku mst btambah bz dgn latihan perbarisan...
so hope kepada smua member harap bersabar k...
di sebalik kesibukan seharian aku tapi aku masih sempat dengar gosip yang ada kat tempat kerja aku tu....
gosip ni agak liar la gak tp aku tak brapa pasti lagi n masih didalam siasatan....
huhu....
berangan nk jg inspektor polis tp tak dapat...(coz mata empat)
haha....
minggu ni byk bnda aku belajar...
n banyak gak pengajaran yang aku dapat...
tapi aku jadikan pengajaran tu sebagai langkah aku tuk bergerak lebih maju di masa hadapan...
terima kasih kepada semua sahabat yang banyak menolong dikala aku dalam kesusahan...
terutama sekali kepada sahabat yang aku pnggil ayang shida (bkn couple aku k)
tp dia xkisah aku pnggil dia ayang...
siap dia bg tau balak dia (daus) n balak dia pn xksh...


so salam semua...
andai umur aku masih pnjang akan aku gunakan blog ni tu mnyampaikan warkah ni...

August 13, 2008

Thank You by Mirwana...


Thank you
For simply being there
On the cloudy days
On the sunny days
Thank you
For sharing your joy
And pain with me
For showing me
That im so special

That my contribution count
Through our friendship
I have grown as a person
And I hope you have too

Thank you
Thank you
Thank you
Just for you

Thank you
For simply being my friends
For the special memorie
We share together now
For never ending support
You always give me

Oooooooo….
Oooo friends..
Oooooooo…

I will always love you
I can’t tell you how much
That you mean to me
I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye for yesterday
Cause yesterday was so special and wonderful
And I hope tomorror will be better

Thanks you for everything
Thank you
For simply being there
On the cloudy days
On the sunny days
Thank you
For sharing your joy
And pain with me
For showing me
That im so special

That my contribution count
Through our friendship
I have grown as a person
And I hope you have too

Oooo friends..
Thank you
Thank you
Thank you
Just for you

July 31, 2008

fav song +unfaithful+


i like this song so much...
so kpada ssiapa yang curang tu cpt2 la bertaubat k..


Story of my life
Searching for the right
But it keeps avoding me
Sorrow in my soul
Cause it seems that wrong
Really loves my company

He’s more than a man
And this is more than love
The reasons that the sky is blue
The clouds are rolling in
Because I’m gone again
And to him I just can’t be true

And I know that he know I’m unfaithful
And it kills him inside
To know that I’m happy with some other guy
I can see him dying

I don’t wanna do this anymore
I don’t wanna be the reason why
Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
I don’t wanna hurt him anymore
I don’t wanna take away his life
I don’t wanna be…..
A murderer

I feel it in the air
As I’m doing my hair
Preparing for another date
A kiss upon my cheek
As he reluctantly
Asks if I’m gonna be out late
I say I won’t be long
Just hanging with the girl
A lie I didn’t have to tell
Because we both know
Where I’m about to go
And we know it very well

Cause and I know that he know I’m unfaithful
And it kills him inside
To know that I’m happy with some other guy
I can see him dying


I don’t wanna do this anymore
I don’t wanna be the reason why
Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
I don’t wanna hurt him anymore
I don’t wanna take away his life
I don’t wanna be…..
A murderer

Our love, his trust
I might as well take a gun and put it to his head
Get it over with
I don’t wanna do this
Anymore
Uh…..
Anymore

I don’t wanna do this anymore
I don’t wanna be the reason why
And Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
And I don’t wanna hurt him anymore
I don’t wanna take away his life
I don’t wanna be…..
A murderer

No no no…..
Yeah…yeah…..

July 30, 2008

pesan Rasullullah s.a.w....



Rasullullah bersabda yang bermaksud :

“ wahai sekalian manusia! Kamu semua sebenarnya berasal daripada adam, dan adam pula diciptakan daripada tanah. Tidaklah orang arab lebih mulia daripada orang bukan arab, tidak pula orang berkulit putih lebih baik daripada orang berkulit hitam, melainkan kerana ketakwaannya “

Hadis riwayat ahmad

pesan dari Rasullullah S.A.W...


rasulluah s.a.w bersabda yang maksudnya :




“sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan. Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.”

kalaula aku....


Salam semua member ku…

Maafla aku dah lama tak tulis blog ni.
Aku busy ckit sejak kebelakangan ni dengan kerja yang berlambak.

Tapi sepanjang ketiadaan aku dan kesibukan aku membuat kerja terdapat bermacam-macam hal yang berlaku bukan atas kemahuan dan kehendak aku.
Semua yang berlaku atas kehendaknya….

Aku masih tak dapat bayangkan betapa sakit dan parahnya hati ini bila kasih dan sayang yang kita curahkan hanya menjadi mainan manusia yang tak reti menghargainya…
Mungkin aku ada silapnya tapi apakan daya aku hanya mampu merancang tapi hanya tuhan yang menentukan segalannya…


Saban hari masih mengharap akan keredhaan dari-Nya untuk meneruskan hidup ini…
Sebagai manusia kita kena redha dengan segala yang telah tercipta untuk diri ini…

So aku mengharapkan agar baki-baki hidup ku ini dapat aku gunakan untuk mencari limpah kurnia dari maha esa.

senyum kalau taknak tua....


Orang kata senyum itu sedekah, so kalau ada orang yang mintak kita senyum, maksudnya orang itu peminta sedekah la yek…
Hehe…gurau je…

Okey sebut pasal senyum ini secara purata kita menggunakan 43 otot semasa mengerutkan muka. Maksudnya muka masam mencukalah tu! Manakala hanya 17 otot saja yang digunakan untuk kita memberikan senyuman yang manis. Kalau tak percaya cubalah senyum atau mengerutkan muka yang mana lebih selesa?


Jawapannya senyumla kan..
Satu lagi fakta yang perlu anda tahu, setiap 2000 kali anda mengerutkan muka, secara saintifiknya anda akan mendapat satu kedut di muka anda. Sebab itu orang tua-tua cakap kalau marah nanti cepat tua…
Indahkan hari anda dengan senyuman…

RAHSIA TARIKH LAHIR ANDA....

Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap B***h dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain.Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman

July 29, 2008

ketika....

Salam semua member ku…

Maafla aku dah lama tak tulis blog ni.

Aku busy ckit sejak kebelakangan ni gengan kerja yang berlambak.

Tapi sepanjang ketiadaan aku dan kesibukan aku membuat kerja terdapat bermacam-macam hal yang berlaku bukan atas kemahuan dan kehendak aku.

Semua yang berlaku atas kehendaknya….

Aku masih tak dapat bayangkan betapa sakit dan parahnya hati ini bila kasih dan sayang yang kita curahkan hanya menjadi mainan manusia yang tak reti menghargainya…

Mungkin aku ada silapnya tapi apakan daya aku hanya mampu merancang tapi hanya tuhan yang menentukan segalannya…

Saban hari masih mengharap akan keredhaan dari-Nya untuk meneruskan hidup ini…

Sebagai manusia kita kena redha dengan segala yang telah tercipta untuk diri ini…

So aku mengharapkan agar baki-baki hidup ku ini dapat aku gunakan untuk mencari limpah kurnia dari maha esa.

June 24, 2008

PROSTAR dekat d'hati....

dalam bulan jun ni aku terlalu bz dgn keja yg kena settle...
tapi takpe walaupn bz aku masih lg leh bahagikan masa antara keja hakiki dan keja sambilan...
tuk bulan ni aku banyak menghadirkan diri ke kem2 latihan PROSTAR yang memerlukan aku sebagai fasilitator...

mungkin kerna minat yang membuatkan aku terus stay dlm PROSTAR ini walau sudah hampir 8 tahun berkecimpung. ada gak yang complain knapa bla g kem je mst muka aku je yg ada tp aku xkisah coz aku wat smua tu dengan sukarela n hati yg terbuka.

menjadi seorang fasilitator PROSTAR merupakan antara aktiviti sambilan yang ku jalankan dalam mendidik remaja malaysia kearah cara hidup yang sihat disamping bebas dari HIV/AIDS.
so aku rasa bangga apabila remaja yg aku train dapat memberi sumbangan kepada masyarakat setempat. memang itulah tujuan asal dalam aku melatih remaja ini. terdapat juga sebilangan remaja yang berisiko tinggi mula menarik minat untuk menyertai kem latihan yang aku wat ni.
antara remaja yg berisiko yang pernah aku train seperti remaja rokok, remaja seks bebas, remaja dadah dan sebagainya.

so kepada remaja yang mempunyai masalah leh la bhubung dgn aku... n insyALLAH aku akan tolong menyelesaikn masalah yang dihadapi...

June 18, 2008

remaja hebat, gaya hidup sihat













kenangan bersama para pelajar-pelajar mara termasuk dari maktab rendah sains mara.....


kenangan di kem remaja hebat, gaya hidup sihat....

semoga terus bersemi dihati dan diingati selalu...
amin...


ni merupakan sebahagian daripada gambar kem...
untuk maklumat lanjut sila hubungi: