May 18, 2009

Haramkan Pemakaian Tudung

haramkan tudung?? baca sampai habis, pastu komen Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia Ahli ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.

Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.

Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.

Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Sekarang malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.

Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia. bagaimana pula dengan perdana menteri yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan
universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini.

MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib
memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... .

pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan
menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI

2)TUDUNG PERIUK

3)TUDUNG TERMOS

4)TUDUNG CAT

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.


(>_<)

SEKETIKA TAPI AMAT BERMAKNA

salam kalian..


terasa dah lama aku xmencoretkan sepatah dua kata dalam blog kesayangan aku ni...
mungkin masa tak berapa mengizinkan tuk aku wat coretan..
sebenarnye skrg ni pun aku masih kepenatan akibat daripada aktiviti yang berlaku rini...
dengan menempuh kesesakan lalu lintas di ibu kota kuala lumpur...
ditambah pula dengan peperiksaan yang berlaku sepanjang hari...
semua itu amat memenatkan aku..
balik dari exam sempat aku melilau sekitar ibu kota...
masa kat dewan peperiksaan lagi aku dah terpikirkan sesuatu..
aku teringat kawan lama aku yang tak pernah aku jumpa...

seronok gak exam kali ni coz dapat abis awal dari jam yang telah ditetapkan..
xtau la sama ada aku yang terlalu pandai mnjawab soklan atau soklan tu yang senang...
huhuu....xtau la keputusanye camnekan...
so berbalik kepada cerita tadi...
aku abis exam sekitar jam 3 ptg..
so nak balik umah awal lagi coz aku xbw kunci...
then aku trasa cam nak bjalan2 lak...
dgn ditemani olen bini aku yang bnama 'V'..
aku merempuh gak jalan kuala lumpur..
walaupun sesat beberapa kali...
yela kali terakhir aku drive area kl ni semasa aku 20 thn..

so dlm perjalanan tersebut aku terpandang satu logo besar yang tertulis SOGO...
then cam rasa nak g je..
n pada masa tu baru aku teringat akan perkara yang aku pikir didalam dewan exam tadi..
rupanye member aku ada kerja dsana...
so dengan pantas aku menelefon dia n btanyakan samada dia on duty or x??
then dia kata dia ada kat sana...

wa...
pe lagi...
aku pun mncari parking dsekitar pertama komplex...
n dari pertama aku berjalan kaki ke SOGO..
tu merupakan perjalanan aku ke sogo tuk pertama kalinye pada tahun ni..
sebenarnye aku xbrapa suka g sogo..
coz ada hal2 peribadi..hehe...

ni merupakan pertemuan yang pertama di adakan d SOGO..
aku dah mengenalinye lebih kurang setahun...
tapi dalam pada masa itu aku tak pernah bersua muka langsung..
hanya call, sms n ym..
tu je la perhubungan kita org...
walaupun jauh dmata tapi dekat dihati..
dia baru start keja kat kl ni..
sebelom ni beliau bertugas di johor baharu..
n kemudian berpindah ke pahang
(trsangkut lak dgn org pahang)
then ke kl pada bulan 3..

en JEFRI...
merukan insan yang aku jumpa...
melalui gambr orangnye nampak biasa je..
tapi bila bsua muka...
hurm...agak hansome gak ler...
patut ler ramai pondan2 kertu asyik mengusik dia kat opisnye tu..
xpela abg jeff...
di layan je la...
tapi jgn dlupakan org pahang tu..
hehe...

so lama gak la perbualan kita..
smpaikan ada segelintir staff kat situ asyik menjeling je...
yela jelous ada mamat hansome melawat dia..
hahaha....persaan je...
so best gak la perbualan kami...
dari hal semasa, hal peribadi sampai la kutuk mengutuk staff...
hahaha...

btw..
thnx bebanyak abg JEFF coz sudi meluang kan sedikit masa tuk bborak..
terasa cam best sesangat rini...
yela dh setahun kenal br jumpa td...
cam mimpi pun ada gak..
but its real life....

so tuk abg JEFF..
jaga diri bebaik..
keja leklok..
jgn nakal2 lak..
n 1 lagi..jgn lupa blanja mkn lau dah gaji...
hahaha...

thanx 4 that moment...
(>_<)

exam...exam...exam..

PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN
AHLI FOTOGRAFI B17


NAMA :
DAMHA IRKUHS
ANGKA GILIRAN :
0101672


TARIKH :
18 MEI 2009
TEMPAT :
DEWAN CENDIAKAWAN,
BANGUNAN ILMU ANGKASAPURI



BAHAGIAN 2 ::

SEKSYEN A
( Pengetahuan Am Dan Asas Fotografi )
8.30 AM - 9.30 AM
SEKSYEN B
( Analisa Gambar )
10.00 AM - 11.00 AM
SEKSYEN C
( Pengendalian Kamera Digital )
11.00 AM - 5.00 PTG

May 14, 2009

busan ker??

busan ke??
tu la ungkapan yang masih aku tak pasti akan kesudahannye
tapi mngapa dia tidak menjelaskan segalanye..
pe salah aku smpai dia sangup melakukan aku sebegini??
teruk sangat kah aku smpai dia wat aku camni??
tensen tentang masalah kerja dopis tak abis maka datang lagi masalah..
masalah yang mungkin datang pada diri aku sendiri...
membuatkan orang disekeliling hampa melihat aku sebegini..
aku mintak maaf lau aku ada terkasar bahasa atau tersilap kata..
yang membuatkan kalian busan atau benci melayan aku..
aku xtak la sesempurna insan lain..
yang mampu membautkan korang bahagia selamanye
tapi aku masih mempunyai hati dan perasaan yang leh djadikan bahan pengukur...
lau dh trasa trlalau lama korang melayan aku dengan paksa...
maka lepaskan la aku lau itu kesudahannya...
wahai emy..
im sory lau dh lama i make u like this..
mmbuatkan emy benci dan busan dgn abg..
i know that im not the great person yang leh mmbuatkan emy bangga...
im just a small person yang masih mempunyai hati dan perasaan...
if betul emy dah bosan dgn abg just bg tau..
i will fix it...
n i know that my big mistake is too sensitif...
but u know awal2 kan....
im so sory gak coz mnjadikan emy sebegini..
mungkin dsebabkan kita dah lama xchat or berborak mmbuatkan emy busan tuk melayan abg lagi..
emy sudah ada pengganti..
yang mampu membuatkan emy bahagia...
lau emy rasa diala insan yang leh mmbuatkan emy bahagia ok...
abg masih boleh menerima nye...
n tolong bg tau awal2 lau abg sudah tidak dperlukan...
im sory guys..
kepala aku xberapa sihat sejak kebelakangan ni...
akibat hal2 yang tak dingini...
so hope korang take care..
n maafkan segala salah n silap...

May 10, 2009

GURINDAM SELOKA LELAKI ALAF BARU...




kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, alahhh cari je mak indon)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama specis memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: elehhh belagak dgn keta majikan...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome hantar sms..cepat2 dibalas..
kalau lelaki xhandsome dia akan ckp buang masa je reply..

pkir2 kan la yew...

(>_<)

May 08, 2009

renungan bsama...



SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA............


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi di himpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..


May 06, 2009

KEBERKATAN SURAH AL-IKHLAS

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

May 01, 2009

:: kata-kata hikmah ::



Teman Yang Sejati
Akan Membawa Kerinduan Yang
Abadi.

Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih
Unggul Dari Percintaan,

Tanpa
Persahabatan Percintaan Akan
Berakhir Tetapi Tanpa
Percintaan, Persahabatan Boleh Kekal.

Oleh Itu Hargailah Persahabatan
Yang Terjalin.