November 07, 2011
[ salam Aidiladha 1432h ]
November 02, 2011
[ My Love ]
October 31, 2011
[ Kisah Oktober ]
Salam…
Detik 12tgh malam bulan oktober telah berlalu dan menunjukkan bermulany bulan baru bagi tahun 2011 ini..
Selamat tinggal bulan oktober dan selamat dating bulan November..
Bulan oktober pergi dengan 1001 kisah suka dan duka kehidupan seorang insan kerdil yg hidup dalam dunia ini..
Bermacam2dugan dan halangan berlaku dalam hidup aku spanjang bulan oktober..
Dari yang suka dan membuatkan aku tersenyum lebar sampai la duka yang memakan hati sndiri..
Bukan tuk mencari simpati atau meraih kesedihan..
Aku tetap aku n aku xpernah berubah..
Teman tuk suka mmg senang dicari tapi teman tyme berduka amat payah sekali..
Aku sedar akan hidup ini adalah sementara n aku redha dgn apa yg telah trtulis olehNYA..
Bukan senang tuk menjadi senang dan bukan susah untuk mnjadi susah….
Aku banyak belajar dari pengalaman dan aku banyak belajar dari kesilapan…
Tiada manusia yg betul-betul sempurna dalam dunia..
Tapi manusia boleh belajar tuk menjadi yg terbaik…
Bukan untuk org lain tapi untuk dirinya sendiri….
Cinta…
Ungkapan yg mudah dlafaz tapi teramat payah tuk dbuktikan…
Bulan oktober aku dperkenalkan dgn ssorg yang aku anggap mungkin dia cinta hati aku…
Tapi aku hanya bertepuk sebelah tangan pabila aku hanya dpergunakan olehnya…
Aku redha dgn apa yg berlaku..
Tersentap pitu hati pabila diperlakukan sebegitu..
Sedang asyik melayan keindahan bersama aku dkejutkan dgn benda yg tidak di ingini..
Tuhan itu maha kaya n maha mengetahui…aku telah diberi petunjuk siapa dia sebenarnya…
Alhamdulilah….aku redha atas segalanya…
Dan mungkin ia silap aku juga…kerna menyayangi dan menyukai ssorg tanpa mengenali hati budinya dulu…
Tapi sekurang2nya aku telah mencuba kerna jika kita tidak mencuba kita tidak akan tahu jawapannya…
Alhamdulilah…
Kini aku telah menjangkau usia 25 tahun..
Besar dan tinggi maknanya…
Kini aku kena blaja tuk lebih dan lebih manjadi diri aku yg sndiri..
Bukan mengikut kehendak org lain…aku tidak boleh menipu pada diri aku…
Alhamdulilah juga ALLAH telah mmberi aku kesempatan untuk bernafas lagi..
Dan meneruskan perjalanan hidup yang telah tertulis..
Masih panjang lagi perjalanan yang perlu aku lalui..
Yg perlu aku tempuhi…
Insyallah aku akan cuba melangkah tanpa sesat…
Aku akan cuba berpijak dengan rasa…
Aku akan cuba menafsir dengan jiwa…
October 30, 2011
[ my day ]
October 24, 2011
October 13, 2011
October 05, 2011
[ Terima Kasih Kawan. ]
October 04, 2011
[ Kenali Apa Itu Cinta ]
August 02, 2011
~ perjalanan ini ~
Terlalu lama rasanya aku tidak mencoretkan sebarang aktiviti aku kebelakangan ni dalam blog ni. Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat aku elakkan.
Alhamdulilah…dah hampir 4 bulan aku melangkah kaki jauh dari bumi johor bahru..kini aku bertapak di bumi metropolitan kuala lumpur. Dengan azam dan semangat untuk memajukan diri ke arah yang lagi bagus. Kini aku telah diarahkan bertugas di salah sebuah institusi kerajaan yang besar di kuala lumpur. Kini aku juga sedang belajar untuk menyesuaikan dgn keadaan sekitar. Dengan kekawan yang baru dan perjalanan kerja yang baru. Aku juga mengharapkan sinar kebahagiaan muncul dgn kehadiran aku di bumi kuala lumpur ini. Aku juga masih merindui kenangan dan saat yang terindah dibumi johor bahru. Walau seketika tapi amat bermakna. Di bumi johor bahru la aku belajar untuk hidup dan di bumi johor bahru la aku blaja tuk mengenal apa itu erti kehidupan sebenar.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul….perjalanan hidup ini tidak akan berhenti disini. Aku teruskan perjuangan walau apa jua yang berlaku. Kini aku lebih positif dalam meneruskan perjalanan hidup. Biarkan kenangan yang lalu pergi tanpa perlu aku ingati. Kerna kenangan lalu membuatkan aku terluka dan pedih memakan diri. Kini aku gembira dengan apa yang aku ada. Aku kini lebih rapat dgn keluarga dan makin rapat dengan teman2 yang sudi bersama aku.
Ya ALLAH…terima kasih diatas segalanya…kau mmudahkan setiap urusan dan perjalanan hidup aku. Dan aku berharap agar perjalanan hidup ini akan terus di terangi dengan cahaya nur yang mewangi…
April 20, 2011
:: tips percintaan jarak jauh ::
Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.
Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.
Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.
Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.