October 31, 2011

[ Kisah Oktober ]



Salam…

Detik 12tgh malam bulan oktober telah berlalu dan menunjukkan bermulany bulan baru bagi tahun 2011 ini..

Selamat tinggal bulan oktober dan selamat dating bulan November..

Bulan oktober pergi dengan 1001 kisah suka dan duka kehidupan seorang insan kerdil yg hidup dalam dunia ini..

Bermacam2dugan dan halangan berlaku dalam hidup aku spanjang bulan oktober..

Dari yang suka dan membuatkan aku tersenyum lebar sampai la duka yang memakan hati sndiri..

Bukan tuk mencari simpati atau meraih kesedihan..

Aku tetap aku n aku xpernah berubah..

Teman tuk suka mmg senang dicari tapi teman tyme berduka amat payah sekali..

Aku sedar akan hidup ini adalah sementara n aku redha dgn apa yg telah trtulis olehNYA..

Bukan senang tuk menjadi senang dan bukan susah untuk mnjadi susah….

Aku banyak belajar dari pengalaman dan aku banyak belajar dari kesilapan…

Tiada manusia yg betul-betul sempurna dalam dunia..

Tapi manusia boleh belajar tuk menjadi yg terbaik…

Bukan untuk org lain tapi untuk dirinya sendiri….

Cinta…

Ungkapan yg mudah dlafaz tapi teramat payah tuk dbuktikan…

Bulan oktober aku dperkenalkan dgn ssorg yang aku anggap mungkin dia cinta hati aku…

Tapi aku hanya bertepuk sebelah tangan pabila aku hanya dpergunakan olehnya…

Aku redha dgn apa yg berlaku..

Tersentap pitu hati pabila diperlakukan sebegitu..

Sedang asyik melayan keindahan bersama aku dkejutkan dgn benda yg tidak di ingini..

Tuhan itu maha kaya n maha mengetahui…aku telah diberi petunjuk siapa dia sebenarnya…

Alhamdulilah….aku redha atas segalanya…

Dan mungkin ia silap aku juga…kerna menyayangi dan menyukai ssorg tanpa mengenali hati budinya dulu…

Tapi sekurang2nya aku telah mencuba kerna jika kita tidak mencuba kita tidak akan tahu jawapannya…

Alhamdulilah…

Kini aku telah menjangkau usia 25 tahun..

Besar dan tinggi maknanya…

Kini aku kena blaja tuk lebih dan lebih manjadi diri aku yg sndiri..

Bukan mengikut kehendak org lain…aku tidak boleh menipu pada diri aku…

Alhamdulilah juga ALLAH telah mmberi aku kesempatan untuk bernafas lagi..

Dan meneruskan perjalanan hidup yang telah tertulis..

Masih panjang lagi perjalanan yang perlu aku lalui..

Yg perlu aku tempuhi…

Insyallah aku akan cuba melangkah tanpa sesat…

Aku akan cuba berpijak dengan rasa…

Aku akan cuba menafsir dengan jiwa…

October 30, 2011

[ my day ]




just want 2 say

: HEPPY BESDAY TO ME :
YG KE
25
TAHUN


[ semoga perjalanan hidup yang bakal aku tempuhi
kelak akan diberkati oleh yg maha Esa ]

[ semoga dipanjangkan usia tuk menempuh hari2 yg mndatang ]

[ semoga beroleh kurniaan rezeki yg melimpah ruah ]

[ semoga mencapai impian yg dhajatkan ]



*xde celebrate n xde kek 4 this year..
but im ok with that...

October 13, 2011




welcome back to my frends...
hope blog kali ni leh byk input...
byk lagi yg kena blaja....
insyallah saya akan cuba mmberikan yg trbaik...
keep it work abg yazid...

www.akudakcabin.blogspot.com

October 05, 2011

[ Terima Kasih Kawan. ]




salam guys....

now aku telah kembali.
kembali mncoretkan pe yg ingin dicoretkan...
aku kembali pada bulan yang paling aku gemari...
pada bulan yang paling bermakna dalam hidup aku...

bulan Oktober...
bulan kelahiran aku...
alhamdulilah aku dberikan kekuatan, kesihatan, kehidupan
yang sempurna oleh yang maha ESA...

air yang tenang jangan disangka tiada buaya...
aku mngharapkan bulan oktober ni memberikan ketenangan dalam hidup aku
tapi tidak sama skali..
masuk bulan oktober je 1 kisah yang telah berlaku dalam hidup aku....
sedih, geram, terharu
dgn apa yg dilakukan oleh ssorg yang dikenali sebagi
KAWAN...

panjang citernya tapi aku tidak mahu mengaibkan ssiapa
cukup la dgn apa yg telah dia lakuka pada aku...
aku sedar sapa diri ini...
n aku pasrah dgn apa jua tindakan yg dilakukan oleh seorang kawan...
dlm dunia yang serba canggih ni pun de lagi insan yang tak senang melihat org lain bahagia...
sampaikan sangup membuang kawan sndiri kerana insan yg baru dikenali...
alhamdulilah...
ALLAH telah mmbuka mata aku tentang hubungan kami...
ALLAH telah mnunjukkan erti persahabatan yg sebenar...
aku bersyukur dgn segalanya...
n kini aku jalani kehidupan seperti biasa...

terima kasih kawan
kerna pernah hadir dalam hidup aku
walaupun seketika....
ALLAH itu maha adil n maha mngetahui...
insyallah 1 hari nnt segala perbuatan kamu akan terbongkar jua....


October 04, 2011

[ Kenali Apa Itu Cinta ]



Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbul balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya memberi tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab -