September 28, 2009

:: SelAmAt TinGgAl RaKaN ::

salam kalian....

pertama kalinya damha nak ucapkan
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin...

dah masuk syawal yang ke9...
hari yang begitu bermakna....

jam di dinding mnunjukan pukul 4.25ptg...
detik demi detik masa berlalu...
begitu cepat rasanya masa berlalu...
hintung punya hitung upanya
baru masuk 43 hari aku bertugas d PWN ni...
banyak kenangan yang aku dapat ketika berada disini...
banyak sejarah yang aku kenang ketika berada disini...
dan banyak ilmu yang aku dapat ketika berkhidmat disini...
terima kasih rakan2 ku...
terima kasih kak eza, kak fiza, shaz, ida, hafiz,
diatas segala pertolongan kalian...
terima kasih Pn Faiz, En Izwan, En Azhar, En Harith...
diatas ilmua yang diberikan...
walaupaun aku byk kali kena marah...
hahahaha.....
tapi xpe coz semua itu ilmu kan....

now aku dh belajar benda baru...
walaupun seketika berada disni tapi banyak yang aku lalui dan tempuhi...
n tak dilupakan juga tuk member yang sama2 msk dgn aku dulu...
thnx tuk Adi, Nazar, Nisya, Dilla, Kak Wati, Wan n else...
sory lau xdpt tulis...
kerjasama kalian amat aku hargai....
hahaha.....

hari ini merupakan hari terakhir aku di
PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR
ini kerana aku akan melaporkan diri di jabatan baru...
iaitu...
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR...
bermula
1 oktober 2009
di
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA..

so aku pasti akan merindui segala kenangan disini...
kenangan yang amat bermakna walaupun seketika..
terima kasih sekali lagi tuk semua...
terima kasih bebanyak...
aku pasti akan merindui korang..

tuk ida n shaz, En azhar...
jgn duk mngatal je..
keja tu buat...
cepat2 la kawin....
tuk kak fiza..
cepat2 la kawin...
dh xsabar nak mkn nasi minyak...
n leh dpt anak buah...
hahaha....
tuk kak eza...
semoga hepy bkerja dopis br..
semoga cepat dapat anak...
tuk apiz...
kurang2kan la mat romeo hang tu...
tapi lau ada awek cun jgn lupa bg tau k..
thnx guys....

semoga kita berjumpa lagi....

(@_@)

September 22, 2009

:: ding dang @ tora ::

salam guys....

syawal ke 3 telah melabuhkan tirainya...
byk hal yang berlaku rini...
dr pagi smpai ke mlm..
dr setiap saat hingga ke jam...
dari 1 tempat ke 1 tempat yang lain...

penat, gembira dan sedey pun de....
tp semua tu perlu aku laluinya....
perlu aku hadapinya....

sedang asyik beli barang dapur aku de trpandang smthng...
barang yg dh lama aku xbeli..
barang yg dah lama aku xnampak
n barang yg dah lama aku xmain....

ni la dia brgnya....
:: DING DANG & TORA ::
hahaha...

tetiba lak aku tringat kisah lama...
kisah masa zaman muda2 dulu
(walaupun tau xtua sngat)
aku leh tringat masa sekolah rendah dulu...
sangup kumpul wit semata2 nak beli bnda alah tu...
tapi bukan de pe pun dlmny...
de mainan sebungkus dgn biskot coklat...
kadang2 biskot coklat tu dh cair...
sngup gak beli

tuk kali ni pe yek yg de dlm tu....


wa tu la dia yg de kat dlm kotak tu...
cam xcaya je
beli mahal2...
brg ntah pape ntah...
tapi ni la benda yg aku beli masa kecik
lau xdpt beli leh mnangis woooo...
hahaha...
tu time kecik k...

so kepada rakan2 sekalian...
igtlah time kita main semua ni...
igtlah kenangan yg de dsebalik nama

TORA & DING DANG...

September 21, 2009

:: syawal YG ke-2 ::

salam kalian....

raya yg kedua dh tukar menu...
sebelom ni braya mkn
lemang,
ketupat,
ketupat
palas n
nasi impit
...

di temani oleh
rendang daging,
rendang ayam,
kuah kacang,
kuah lodeh,
sambal kering,
dan serunding

now dh brtukar wajah.....




so tuk raya kedua kita org sekeluarga makan pizza hut...
as lunch ...
hehehe...
so jom sama2 kita merasakan pizza ni.....

September 20, 2009

:: 1 sYaWaL MuNcUl KmBaLi... ::



salam guys..

1 syawal muncul kembali..
alhamdulilah aku masih lagi dapat dpertemukan
dengan 1 syawal yang amat bermakna...
aku masih lagi bernafas n leh merasai kegembiraan
dan keberkatan bulan yang mulia ini...

alhamdulilah umo aku masih panjang..
aku masih boleh berjumpa teman2...
sahabat2...
kawan2 dan
sanak saudara...

di kesempatan ini...
aku inigin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN...


aku nak mintak ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki...
maaf kepada sesiapa yang pernah termarah or terasa dgn aku...
maaf andai aku ada ter'mengumpat' or mngata pasal korang...
maaf andai aku ada trmarah atau terlaser kat korang..
n maaf andai aku ada wat segala salah dan silap..

halalkan segala makan dan minum aku..
halalkan segala hutang2 aku....
n walaupun utang2 korang masih byk kat aku...
aku akan cuba halalkan...
pe yang patut...
hehehe...

n last....
terima kasih kepada semua teman2 yang sudi menyinggah ke
-EPILOG SEBUAH KEHIDUPAN-
terima kasih bebanyak coz sudi memerihakan blog aku...

akhir kata...
beraya tu raya juga
tapi kesihatan dan keselamatan kena jaga....
main mercun tu bebaik...
jgn smpai hilang jari ...
n kepada sesiapa yang memandu or mnunggang tu..
bawala knderaan anda sebaik mungkin..
berhati2 dijalan raya....
pandu cermat jiwa selamat....

pesanan daripada KBS...
"majulah sukan untuk semua... "


p/s : jemputlah dtg umah damha d'kuala selangor @ d'shah alam....
tp bg tau awal2 k..

September 17, 2009

:: KeNaLi dIrI ::

Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak
tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.


Januari 01-09 ~ Anjing

Januari 10-24 ~ Tikus

Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing

Februari 06-14 ~ Merpati

Februari 15-21 ~ Kura-kura

Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet

Mac 13-15 ~ Singa

Mac 16-23 ~ Tikus

Mac 24-31 ~ Kucing

April 01-03 ~ Anjing

April 04-14 ~ Harimau Bintang

April 15-26 ~ Tikus

April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet

Mei 14-21 ~ Merpati

Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus

Jun 04-14 ~ Kura-kura

Jun 15-20 ~ Anjing

Jun 21-24 ~ Monyet

Jun 25-30 ~ Kucing

Jul 01-09 ~ Tikus

Julai 10-15 ~ Anjing

Julai 16-26 ~ Merpati

Julai 27-31 ~ Kucing

Ogas 01-15 ~ Monyet

Ogos 16-25 ~ Tikus

Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati

September 15-27 ~ Kucing

September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet

Oktober 16-27 ~ Kura-kura

Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa

November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing

Disember 17-25 ~ Monyet

Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:


Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang
tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu,
malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang
yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan
mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang
menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam
fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya
alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran
fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman
yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.





Tikus:


Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan
kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik
perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana
sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang
kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai
kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan
orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada
yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang
kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu
kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.


Singa:


Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai
orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan.
Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu
arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan
kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka
menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan
oleh orang lain, jadi berhati-hati.


Kucing:


Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu
sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka
mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu
dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak
tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka
yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu
sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak
bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang
begitu berhati-hati memilih teman.


Kura-kura:


Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu
akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian,
sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba
menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan
disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang
sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa
akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah
juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan
praktikal.


Merpati:


Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan,
kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman
serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu
adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan
menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat
yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di
dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu
mudah jatuh cinta!


Harimau Bintang:


Kamu seorang yang misteri.. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan
tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran
tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam
orangnya. Hmmmâ¦kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-
teman
yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang
adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan
dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah
yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman
menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka car i.


Monyet:


Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan
dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka
apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan
dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap
langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya.. Kamu
mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada
kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu
bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan
berjaya di dalam perniagaan.



:: sElAmAt HaRi RaYa aIdIlFiTrI ::



salam kalian...


ia datang tanpa diduga..
ia pergi tanpa ku rela....

hari semakin hari ia berlalu pergi...
begitu pantas rasanya hari yang ku lalui...
begitu pantas rasanya perjalanan kali ini...
begitu pantas rasanya bulan yang mulia ini meninggalkan aku....

banyak cerita disebalik bulan yang mulia ini....
cerita sedey , gembira, suka dan duka.....
mungkin inilah pengajaran aku sepanjang bulan yang mulia ini...
banyak cerita disebalik bulan ini...
banyak kenangan disebalik bulan ini....
banyak kisah disebalik bulan ini...
dan banyak sejarah yang takkan aku lupakan....

dikesempatan ini...
aku (damha irkuhs) ingin mengucap
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

halalkan segala makan dan minum..
maaf andai ada terkasar bahasa atau terlepas bicara...

semoga syawal yang dinanti dapat dirai dengan seribu kegembiraan...
pastikan keselamatan keluarga dan diri ...
berhati2 dijalan raya...
dan pastikan diri berada dalam keadaan sihat...
makan berpada2 k..

di kesempatan ini juga damha nak menjemput semua rakan tuk datang kerumah..

:: 18 PL ::

seorang sahabat sedang mencari pembantu rumah dan setelah diselidik di agensi...senarai akhir..adala 4 orang wanita indonesia yang tersenarai...

banyak la soalan yang ditanya..kesemuanya sama antara ketiga2 calon tu..sapa
nama..umur..status..


calon 1..
sapa nama : ..rokiah
umur berapa...22 tahun tuan
berkahwin atau belum...ahh..tuan... masih bujang
kenapa tak kahwin....belum ada yang COCOK


calon 2
sapa nama : ..zubaidah
umur berapa...24 tahun tuan
berkahwin atau belum...sudah tuan...sudah ada yang COCOK


calon3
sapa nama : ..Rosenah
umur berapa...23 tahun tuan
berkahwin atau belum...ahh..tuan...sudah bercerai
aii..muda2 lagi dah bercerai.....kurang COCOK tuan..


Calon4
sapa nama : ..agnes
umur berapa :.. (malu ahhh)
berkahwin atau belum.... tuan saya blum kawen tapi selalu diCOCOK.....





p/s: agak2 sapa yg dapat kerja tue???

September 15, 2009

:: tErImA kAsiH ::





salam guys..

brtemu kita kembali dalam episod yang baru...
episod kali ni betul2 membuatkan hati damha tersentuh...

entah mengapa sejak dua menjak ni bermacam2 perkara yang damha fikirkan...
tentang kehidupan ini...
tentang kehidupan akan 'datang'...
tentang segalanya...

bermacam-macam perkara berlaku serentak..
adakah ini penamat dalam riwayat idup aku..
adakah ini yang dinginkan olehnya ...
aku redha..
tapi aku masih belum sedia untuk menempuh segalanya...

tahniah buat kawan2 aku yang sedang dalam kegembiraan...
walaupun korang sedey tapi stil ada yang ambik berat...
still ada yang akan bertanya khabar ....
ada yang snggup berhempas pulas semata-mata ingin bersama..
walaupun nun jauh disana...
still ada yang akan bersama walaupun korang xbahagia...
dkala bsama aku smuanya susah...
tapi bila bsamanya smuany mnjadi indah...
yang pahit pun mnjadi manis...

terima kasih sahabatku sekalian...
mungkin dah takdir hidup ini sebegini...
dtakdirkan jauh dari sahabat
dtakdirkan jauh dari kawan2
dtakdirkan jauh dari teman...

aku tak perlu akan simpati korang..
aku tak perlu akan layanan ' kasih ' korang...
aku hanya perlukan korang yang sebenarnya....
mana diri ko yang sebenar....
susah sangatkah untuk menjadi insan yang jujur....
jujur dalam persahabatan...
jujur dalam percakapan....
jujur dalam perhubungan...

terima kasih sahabat2 ku...
atas layanan yang korang berikan...
atas nasihat yang korang bagi...
atas ' kasih ' yang korang sumbangkan...
walaupun aku tau semua tu hanya lakonan semata-mata...

TERIMA KASIH SEKALI LAGI...

maaf kawan2 ku...
aku tak mampu tuk memberikan
kemewahan yang korang inginkan..
aku tak mampu memberikan kesenangan
seperti yang 'dia' berikan...
aku tak mampu memberi hadiah yang berharga
seperti yang dia berikan....

aku tak mampu sahabatku...
aku tak mampu tuk memberikan segalanya tuk dirimu...
aku bukan insan yang senang...
aku bukan insan yang kaya harta...
aku bukan insan yang mudah mmberikan kemewahan.....

'TERIMA KASIH SEKALI LAGI....

SAHABATKU...

KAWAN2 KU.....

TEMAN2 KU...

andai masih panjang umo diharapkan kita leh diprtemukan...
diharap kita akan dipertemukan lagi...
maaf dan ampun diminta andai ada salah dan silap...
halalkan makan dan minum...
dan segalanya...



September 14, 2009

:: kEnAli DiRi AnDa ::



Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

September 10, 2009

:: pUaSe Ke-20 ::


salam kalian...

salam ramadhan al mubarak...
syukur ke hadrat ilahi kerna kita masih lagi dapat
meneruskan perjalanan kehidupan didalam bulan yang mulia...
bulan yang penuh keberkatan...
puasa yang ke 20 merupakan antara kenangan yang takkan aku lupakan...
hari yang byk sejarah dan kenangannya...
tapi kenangan itu aku simpan dalam hati...
kesedihan dan kegembiraan sentiasa bermain dlm benak fikiran aku....

hari ini aku berbuka puasa bersama beberapa teman kerja...
berbuka di dataran shah alam...
sebuah kawasan yang ramai pengunjungnya....
memang meriah pada petang itu....
kemeriahan dengan kehadiran pelbagai peringkat usia...
pelbagai kaum..
pelbagai lapisan masyarakat...
seronok sangat melihat pelbagai telatah mereka..
tapi kebanyakan yang hadir merupakan pelajar u...

dalam keseronokan itu....
hati kecil ini masih lagi sayu...
sayu mngenangkan perjalanan kehidupan yang bakal berlaku...
perjalanan yang masih lagi panjang...
dengan tanggugjawab yang besar...
tanggugjawab yang masih belum selesai....

adakah ini perjalanan kehidupan aku...
adakah ini yang tertulis...
perlu kah aku mengiakan nya sahaja...
apa yang perlu aku buat....

begitu banyak masalah yang membelengu kehidupan seharian aku...
banyak sampai tak mampu untuk aku tanggung...
tak mampu untuk aku melaluinya sendiri...

sedang lena malayan imaginasi tetiba aku teringat akan sahabatku...
seorang sahabat yang jauh nun di selatan tanah air...
terima kasih buat sahabatku mr A.M....
aku tau prjalanan hidup aku tak la seteruk yang ko lalui...
tapi aku dapat rasakan apa yang ko rasa..
sejarah ni memang banyak mengajar akan makna sebenar kehidupan...
kehidupan yang penuh dangan onak dan ranjau...
kehidupan yang penuh dengan suka dan duka...
kehidupan yang penuh tawa dan nangis...

tapi jangan risau mr A.M
masih ramai lagi manusia di luar sana yang amat malang....
kita masih boleh bersyukur kerna masih diberi kesihatan dan kehidupan yang sempurna...
masih lagi boleh berfikiran waras dalam membuat keputusan...
sabar dan tenang dalam menyelesaikan masalah...
jangan lupa untuk sentiasa berdoa...
n kita perlu ingat coz masih ada keluarga, sahabat dan teman yang masih menyayangi kita....

tnx again MR. A.M....
atas perkenalan kita...
atas persahabatan ini...
atas kedukaan kita bsama...
atas kegembiraan yang dilalui sama....

p/s : thnx bebanyak tuk rakan2...aku syg kamoo...
thnx gak coz sudi melayan karenah epilog sebuah kehidupan..

September 09, 2009

:: aDe 1 KiSah ::



Ada satu citer, ada sorang budak yang namanya adalah “Mamat”. Tinggal kat temerloh telah ditawarkan belajar kat sekolah menengah teknik kat Perlis. Disebabkan budak nih nak berdikari, maka dia tak bagi la mak bapak dia hantar dia pi sekolah tuh yang terletak kat utara sana nuuuu…punya la gamble..hehehe…

Jadiknya, mak bapaknya pun hantar la si Mamat nih kat terminal bas ekspress Temerloh. Bila bas ekspress yang nak menuju ke Perlis sampai, dia pun salam tangan mak bapak dia, simpan beg dalam perut bas dan bas pun bertolak. Nak di jadikan citer, baru je 30 minit dalam bas, si Mamat nih pun pi kat depan, dan tanya drebar bas..”Pakcik, kita kat mana nih? Kalo dah sampai Ipoh..pakcik bagitau saya yer…”. Si pakcik drebar bas pun meng’iye’kan saje la..hehehe.. Pastu, setengah jam lagi, si mamat nih tanya lagi kat drebar tuh..pastu setengah jam lagi..tanya lagi kat drebar bas..”pakcik, kita kat mana nih? Dah sampai ipoh ke belom nih?” Tanya mamat tuh berkali-kali..

Maka, bila si Mamat tuh asyik dok ulang alik dalam bas, maka si drebar pun naik angin, yang penumpang pun tumpang marah sebab tak selesa dengan kelakuan mamat nih. Pastu, si drebar bas tuh pun cakap, “Dik, takpa, bila dah sampai ipoh, pakcik bagitau dik yerk..jangan risau..”.

Bila budak tuh dengar, maka dia pun kurang la risau.. Maka si drebar tuh pun bleh bawak bas dengan selesa tanpa gangguan, dan yang penumpang-penumpang tuh pun lega… Tetiba, bila dah sampai penang, baru la si drebar tuh teringat pasal budak tuh, terus kelam kabut drebar bas..nasib baik budak tuh tertidur, jadiknya dia tak sedar la apa yang berlaku.

Bas di parking kat tepi, si drebar pun buat la perbincangan ngan penumpang2 yang lain. Disebabkan kesian kat budak tuh dan memikirkan mungkin ada orang yang menanti dia kat ipoh, jadik mereka sepakat untuk berpatah balik biarpun jauh.. punya la baik hati drebar dan penumpang bas tuh.

Kemudian, setelah beberapa jam berpatah balik, mereka pun sampai kat ipoh dan lantas si drebar bas tuh pun menggerakkan budak tuh. Mamat yang terkebil2 terus bertanya..”kita kat ipoh dah yea…” Si drebar tuh pun menyiakan saja. Mamat pun dengan selamba terus membuka tupperware yang dibawa dan makan makanan yang dibawa..semua penumpang yang memandang kebingungan sehinggalah mamat berkata “mak saya kata, sampai kat ipoh, mak saya soh makan bekal nasik nih..” Drebar bas tuh terus kena sawan kat situ jugak..kih..kih..kih.

September 08, 2009

:: kEmBaLi BerTaUt ::


salam teman...

salam ramadhan al-mubarak tuk semua....
terima kasih tuk rakan2 yang sudi mnyinggah
aman blog damha yg xseberapa ni...
n terima kasih kepada peminat2 damha yang
tak henti melayan karenah blog damha ni...

dalam kesedihan damha selama ini upanya
masih ada yang simpati dengan nasib damha..
damha amat brterima kasih buat insan itu..
damha mngenali dia mlalui sebuah lama chat...
pada awal prkenalan dia ada mnyatakan bahawa
dia mengikuti perkembangan blog ini sejak penubuhan...

pelik dan tertarik...
ada ke insan sebegitu..
yang kusyuk mngitu laman blog damha yang busan..
laman blog yang banyak kesedihan..
laman blog yang banyak drama...
laman blog yang banyak kepura-puraan...

jutaan terima kasih buat dirinya..
kerna sangup datang dari jauh semata2 mahu berjumpa
sendiri dengan tuan empunya laman blog...
aku amat terharu apabila masih ada yang sangup
melayan karenah dan perasaan aku...

sinar prsahabatan ini akan terjalin...
dan pasti akan trjalin...
kerna jalinan seorang sahabat amat brerti dari segalanya...
mungkin ini lah hikmah perjalanan aku yang sunyi selama ini..
mgkin dia boleh mnjadi insan yang aku cari selama ini...
insan yang leh berkongsi cerita suka dan duka...

tapi semua itu masih trlalu awal..
aku masih perlu mngenalinya...
bukan brmaksud tidak percaya atau meraguinya..
tapi akibat sejarah dan pngalaman pahit semalam
mmbuatkan aku perlu berhati-hati....

terima kasih rakan ku..
kerna kau hadir di saat aku perlukan seseorang..
seseorang untuk aku melepaskan tekanan..
seseorang untuk aku melepaskan geram...
seseorang untuk aku melepaskan kerinduan..
dan seseorang untuk aku meluahkan segalanya....

aku harap...
pertemuan kali ini tidak berkahir disini...
semoga perkenalan kita akan brpanjangan..
kerna kau sahaja yang tahu akan kisah hidupku....
kerna kau sahaja yang mngerti keperitan hidupku...
kerna kau sahaja yang akui kesengsaraan ini....

terima kasih sahabatku....



September 06, 2009

:: uJiAn Yg BesAr ::




- salam -

hi guys...dah brpa hari damha xmncoretkan sesuatu kat lmbaran ni...
tapi kali ni damha tak pasti smada enrty ni elok untuk di post atau sebaliknya...
sejak 2 ke 3 hari kebelakangan ni pelbagai perkara yang berlaku...
baik perkara elok dan juga perkara yg xelok...

biasa ler...
life as manusia xkan hilang dari pelbagai onak dan duri...
ranjau dan duka...
tapi sebagai insan kerdil, damha gagahkan hati ...
berserah dengan apa yang telah terjadi...
bersyukur kerana telah ditunjukkan haluan ini...

hidup didunia ini bagai roda...
sekejap kita diatas...
dan sekejap kita dibawah....
tuk setelah sekian kalinya ...
aku rasakan bagai diri ini sudah berada dibawah....
betul2 bawah...
entah apa yang aku fikirkan....
bermacam2 perkara yang berlaku...
pelbagai ragam manusia aku lalui...
pelbagai karenah manusia aku tempuhi....

geram...
sedih...
kecewa....

dan sebagainya....
antara prsaan yang brmain di benak hati kecil ini....
walau apa yang blaku aku tetap kena snyum..
aku tetap kena gembira...

kerna aku nak org lain hepy...
biarlah aku yg trluka...
biarlah aku yg menangis....
kerna smua yang berlaku tu hanya hati aku je yg tahu...

sedeh rasanya bila org yg kita syg buang kita sebegitu...
org yg kita percaya khanati kita sebegitu...
pe salah n dosa aku???
pe silap yg aku lakukan....

aku tempuhi segalanya dengan persaan positif...
bagi aku biarlah apa org nak buat kat aku...
janji aku nak dia hepy...
selagi dia hepy...
time tu gak aku hepy sekali...
bukan mudah nak memuaskan hati semua org...

tuk memuaskan hati semua org kita kena byk bekorban...
bekorban jiwa dan raga...
bekorban masa dan tenaga....
bekorban wang dan harta....
tapi....

pe yang aku dpt...
hinaan semata2...
cacian yang dterima....

kisah hidup ini takkan berakhir...
kerna perjalanan ni masih panjang....
kerna kehidupan ini masih luas untuk aku jelajahi....
aku perlukan sokongan..
aku perlukan nasihat...

terima kasih keluargaku...
terima kasih sahabat2 ku...
terima kasih teman2ku...
terima kasih kawan2ku...

tanpa mu aku atiada dsini...
tanpa mu aku xkan berhenti...

September 03, 2009

:: lAgU KhAs ::



salam guys...

entry kali ni dbuat tuk insan yg btul2 istimewa wat diri damha...

insan yg hadir dlm diri damha....

insan yg telah bjaya mnambat hati damha....

insan yang telah mmbahagiakan damha.....

lagu kat blog damha ni adalah khas untuknya....

lau dia baca blog ni hope dia suka....

coz tiada yg istimewa selainnya...

n tiada yg bharga dari dirinya....

terima kasih cinta...

:: Perkara Perempuan Tidak Sempat Beritahu Pada Lelaki ::

1. Bila sorang wanita mengatakan dia
sedang bersedih,t etapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia
sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu
selepas kamu menyakiti hatinya, lebih
baik kamu beri dia masa untuk
menenangkan hatinya semula sebelum
kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang
dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita
yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh
cinta dengan sorang lelaki, lelaki
itu akan sentiasa ada di fikirannya
walaup un ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta
merenung tajam ke dalam matanya, dia
akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian
tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis
yang sukakan kamu separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut,jangan
ber kasar sebab ada satu semangat
dalam diriwanita yang kamu tak akan
tahu bila dia dah buat keputusan,dia
aka n lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula
menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya,biarkan dia untuk
seketika. Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah
teg ur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang
mereka rasa. Muzik,puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka
meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu
perempuan yang mereka ni lansung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh
mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang
dicintainya dalam diam memberikan
respon positif,misalnya menghubunginya
me lalui telefon,si gadis akan bersikap
acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,te tapi sebaik saja ganggang
diletakk an,dia akan menjerit kesukaan
dan tak sampai sepuluh minit,semua
rakan -rakannya akan tahu berita
tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu
erti bagi wanita. Jadi jangan senyum
sebarangan .

14. Jika kamu menyukai sorang
wanita,cub alah mulakan dengan
persahabat an. Kemudian biarkan dia
mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu
satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tingg alkan dia sebab dia memang
tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama
dia menghubungimu atau menunggu
panggila n darimu,teruskan usahamu
untuk memikatnya.

1 7. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya .. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh
cinta,dia akan sering tertanya-
tanya kenapalah aku tak jumpa
lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari
cara yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,cubalah
raj in-rajinkan tangan menyelak buku-
buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas
keluar,bend a pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri
di sebelah buah hatinya,kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa
ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di
tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah
cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa
yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang
berbaik-baik dengan mereka semata-
mata nak tackle kawan mereka yang
paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil
berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26
. Semua wanita mahukan sorang
lelaki yang cintakan mereka sepenuh
hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang
yang disayanginya mengadakan surprise
(buatnya hadiah,bunga atau sekadar kad
ucapan romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya
dicintai setulus hati.Dengan ni dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada
lelaki yang ambil berat tentang
mereka dan baik terhadapnya. So,kalau
nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati
wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan
disayangi sepenuh jiwa

September 02, 2009

:: iNdAhNyA LuKiSaN iDuP ::



salam kalian...

hari ini aku tak tau nak tulis apa kat entry aku...
aku btul2 dalam kebingungan dan tensen..
semua perkara blaku begitu cepat dan pantas..

ku sangkakan panas sampai ke petang....
upanya ujan ditengahari....
bukan mudah untuk mencari sebuah ketenangan ....
kerna disebalik ketenangan itu akan trselit sebuah kedukaan....
sebuah kedukaan yang aku tak sangka ia akan berlaku...
sebuah kedukaan yang betul2 merundum jiwa aku....

kehidupan sebagai seorang anak, remaja dan sabahat
memang banyak duri dan ranjau....
setiap detik dan setiap masa akan ada sahaja perkara yang tak diduga..
bermacam-macam perangai manusia yang akan kita jumpa..
bermacam-macam ragam yang bakal mnjelma...
dan pelbagai2 telatah yang kita akan lalui....

tapi smua yang blaku aku laluinya dengan 1...
1 nasihat yang penting....
1 ajaran yang bkesan....
1 ketahanan diri...
1 kejituan jiwa tuk menempuhi segalanya....

gunting dalam selimut...
antara ungkapan yang mampu ku rugkai....
tentang sikap sebilangan manusia yang susah untuk dijangka...
tentang perangai manusia yang susah untuk diubah...

mungkin semua yang berlaku sudah ditentukanNYA...
aku hanya berserah dan redha dengan apa yang terjadi...
aku percaya setiap yang berlaku akan ada karma...
setiap yang berlaku akan ada balasan...
aku sebagai manusia yang hina hanya mampu bserah dan memohon
agar diberi kesempatan untuk memaafkan segala kesalahan semua sahabat2 ku..
aku tak mampu untuk menghukum mereka..
kerna aku tahu aku bukan tuhan yang bisa menghukum...

aku biarkan apa yang trjadi sebagai satu sejarah...
sebagai satu pengajaran....
sejarah untuk aku terus mengingati dan mngambil iktibar dengan apa yang blaku...
pengajaran untuk aku terus matang dalam menempuh hari2 yang mndatang....

Ya ALLAH...
kau tabahkan hati aku...
hati seorang insan yang kerdil lagi hina..
insan yang tak pernah lekang mengingatiMU Ya ALLAH...
Kau berikan aku ketabahan hati untuk aku terus melalui
perjalanan dan sisa baki kehidupan ini....
ketenangan jiwa dan akal fikiran dalam menyelesaikan masalah...
hanya padaMU .....
ku menadah tangan....

amin...
amin...
amin...

p/s :
terima kasih kalian di atas sokongan yang telah kalian berikan..
hanya ALLAH sahaja yang akan mmbalasnya...
selamat brpuasa...