August 31, 2009

:: bUlan UjiAn.. ::



* salam...

* salam ramadhan al-mubarak..

* satu bulan yg sangat mnguji keimanan ...

* bulan menguji kesabaran ....

* bulan menguji ketahanan..

* bulan menguji kejituan..

* bulan menguji keikhlasan...

* dan juga bulan yang mnguji segala kemampuan...

* ku berserah kepadamu Ya Allah.....

* ku lalui bulan ini dgn sejujur dan sepenuh hati...

* terima kasih Ya Allah...atas kesempatan itu...

August 26, 2009

:: Hadis-hadis Sahih Mengenai Fadhilat Di Bulan Ramadhan ::




Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,
bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi
Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)

Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)

Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”
(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)

Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:
“ Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak.. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya”
(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)


“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan
memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”
(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi
dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r...a)

:: pUaSa Ke5 ::



salam ramadhan al-mubarak...

so setelah 5 hari berpuasa aku stil cam biasa..
keja n keja yang banyak...
terpaksa melaksanakan keja dengan penuh tanggjawab dan komited..
akan tetapi byk masalah yang aku kena lalui sepanjang bulan yang mulia ini...
life aku mmg tak pernah lekang dari masalah..
tapi aku sebagai insan yang kerdil lagi hina
akan melaluinya dengan penuh tabah...

puasa kali ini agak sedikit kecewa dan sedey..
kerna aku kena melaluinya dengan tanpan kehadiran ahli keluarga dsisi..
aku bersahur dan berbuka bersama2 housemate aku..
kadang2 terpaksa bbuka keseorangan....
alhamdulilah...
aku masih leh bertahan sehingga ke tahap ini...

selamat berpuasa kepada smua kwn2...
jgn puasa lapar n dahaga jew k..
byk lagi benda kita kena puasa..
pastikan puasa yg dijalankan dpenuhi keberkatan...


August 22, 2009

:: kItA DpErTeMukAn LaGi - rAmAdHaN ::


hari pertama ramadhan
tuk tahun 2009....
alhamdulilah...
aku masih dberi kesempatan untuk dpertemukan
dengan bulan yang penuh keberkatan....
iaitu bulan....
RAMADHAN AL-MUBARAK..

walaupun kesihatan tidak berapa mengizinkan...
dengan keadaan demam yang tak reda sejak 2 mnggu lalu...
d+ dgn sakit tekak n batuk...
aku gagahkan diri tuk meneruskan puasa hari prtama.....

alhamdulilah ia berjalan seperti biasa....
n alhamdulilah aku dapat juga bsahur
dan bbuka puasa bsama2 family....

n aku sempat juga berterawikh d masjid
yg biasa aku g sejak sekolah....
dapat brjumpa rakan2 ketika sekolah dulu....
gembira rasanya....

terima kasih Ya Allah datas kesempatan yg
dberikan untuk aku meneruskan kehidupan ini...
dan syukur kerna pertemukan aku dengan
bulan yang begitu istimewa ini....

dkesempatan ini juga aku ingin mngucapkan....
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK...
semoga bulan yang baik dan mulia ini dpt
dgunakan dgn sebaik2 amalan....
penuhkan hari2 dgn amal dan ibadah...
amin..


August 15, 2009

:: 13 aUrAt wAnItA ::

1. Bulu kening -
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng -
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian -
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi -
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher -
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan -
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata -
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan -
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D <> aud <> , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut -
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

:: bErTaPa D'pErAk ::




Kursus Perundangan Dan Pentadbiran Tanah
( Pendaftaran )


Kakitangan PTG/Pejabat Tanah Semenanjung Malaysia

tempat :
Institut Tanah Dan Ukur Negara
(INSTUN)


pada :
10 hingga 14 Ogos 2009

bilik :
Bilik Kuliah C 5

August 14, 2009

:: nEw Job ::


12 ogos aku dpt pangilan dari mak aku...
n dia ckp aku dpt new job....
wa sukanya aku...

so aku kena lapor diri d
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (PSM) SELANGOR
TINGKAT 3,
BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
SHAH ALAM

jam : 8.00 pagi...
pada : 17 Ogos 2009

n mungkin aku akan dcampak ke...
PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR....

so terima kasih tuk rakan2 d
FLYING SQUAD (TASK FORCE SELANGOR)

d atas segala tunjuk ajar n ilmu yg dberikan
n aku past akan merindui korang....

” pertemuan semusim ini….
seperti ketentuannya
kita semua dipertemukan
dengan matlamat dan tujuan yang sama....

pertemuan semusim ini...
pelbagai memori telah dilalui
suka duka tawa ria dikongsi bersama...
kini pertemuan semusim ini kian berlalu..
seperti kehendaknya..
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
ibarat putaran roda kehidupan
tiada siapa dapat manjangkakan
semoga ikatan silaturahim antara kita
akan kekal abadi selamanya
dan segala memori yang telah dilalui
akan menjadi kenangan terindah “

(@_@)

p/s : thnx gak tuk hadiah2 tu yek...