April 29, 2009

TAGGING....

JAWAB, JAWAB & JAWAB....

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

= ~epilog sebuah kehidupan ~ :: mngisahkan perjalanan kehidupan duri, onak n ranjau aku sepanjang hidup aku ini. blog ini mncerminkan sapa aku yg sebenarnya. insan biasa yang inginkan kesempurnaan dalam kehidupan dan meneruskan kehidupan dengan caranye yg trsendiri...

2.Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

= www.damhairkuhs.blogspot.com :: damha irkuhs ialah nama aku yg sebenarnye..keunikan nama itu hanya aku n segelintir sahaja yang mngerti..nama itu dolah mnjadi sebuah nama yg mudah tuk dingati.walaupun susah tuk dsebut...

3. Apakah 'method' dalam penulisan blog anda?

= jurnal :: aku lebih suka menulis tentang pjalanan hidup aku n sahabat aku..aku ingin berkongsi segala suka n duka bersama rakan2...

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

= tidak :: blog ini amat bmakna buat aku..kehidupan aku trcatat dlm blog ini...lau boleh aku ingin mnggunakan blog ini selama mungkin..n berkongsi segalanye dengan pembaca...

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

= simple & menarik :: bnyak kisah yang menarik cuba dkongsi bersama..insan ini nampak kerdil tapi cita-cita yang ada tinggi mngunung..semoga perjalanan hidup insan kerdil ini mncapai kejayaan dunia dan akhirat..persahabatn kita takkan musnah...

6. Senaraikan 5 org yang akan anda tag.....

http://imborntosingsongs.blogspot.com
http://puteraensem-temanterulung.blogspot.com
http://tokceritaaku.blogspot.com
http://thatevanderguy.blogspot.com
http://ejayskay.blogspot.com

(>_<)

April 21, 2009

DIDI CAZLI - SERIBU KENANGAN

lagu popular tuk bulan mac..

sory lmbat post coz sbuk...

lagu ni dtujukan buat smua kwn2

smga kita akan trus bsama...



Kenangan Bersama

Kekal Selamanya

Sekali Pun Kau Hilang Dimata

Sering Aku Merindu Terkenangku

Senyumanmu

Detik Pertama Berseminya Cinta

Kian Tiba Penghujung Waktu

Saling Berlinangan Pilu

Setia Ku Menyayangi

Tiada Ku Kesali

Walau Kian Hanya Berteman

Seribu Kenangan

Bagiku Terlalu Indah

Setiap Detik Bersama

Rela Akhirnya Ku Terluka

Dariku

Hidup Tanpa Kenal Cinta Mu

Terkenangku Senyumanmu

Detik Pertama Berseminya Cinta

Kian Tiba Penghujung Waktu

Saling Berlinangan Nan Pilu

:: MAAFKAN AKU KALIAN ::


salam kalian...

terlalu berat hati aku bila hal ini terjadi..
aku ingin memohon seribu kemaafkan
datas segala hal yang telah berlaku sepanjang mnggu ini..
sesungguhnye aku mmg amat mnyesali atas segala yang trjadi..
mungkin ada hikmah yg blaku datas smua ini...

sejak dua menjak ini aku trtekan sedikit dgn segala hal yang blaku..
baik drumah dan kwn2 sekeliling..
aku amat mnyayangi sahabat2 aku
so aku xnak kehilangan mereka..
kepada mereka yang aku sakiti..
sekali lagi aku memohon ampun dan maaf andai ada
salah dan silap andai segala percakapan aku ada mnyinggung segalanye...

buat IND & BEL & ABG YIN
aku memang xmnyangka perkara ini akan blaku..
aku juga ingin memohon maaf dari hujung rambut smpai hujung kaki...
aku akan cuba mnjadi yang trbaik tuk masa depan..
n aku akan cuba perbaiki lagi diri ini..
n mngawal kemarahan aku...
aku sayang kalian...
n semoga suatu hari nnt kita pasti akan bsua juga....
semoga kalian bjaya dmasa hadapan...
kuatkan semangat tuk trus bjaya..

April 16, 2009

30 ALASAN TAK NAK KAWIN @ BELUM BERSEDIA KAHWIN

1."Duit dah tak ada". Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama.

2. "Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin". Padahal kerja bertahun dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta mewah.

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati". Padahal memilih sangat, tak mau yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.

4."Tak datang seru lagi kot". Padahal awek atau pakwe keliling pinggang.

5."Banyak sangat halangan". Padahal diri belum bersedia.

6."Belum bersedia la". Padahal cukup segala syarat2 nya.

7. "Ilmu tak cukup la". Padahal dah ada master atau PHD.

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi. Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je. Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung inikan pulak nak tanggung dosa isteri". Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan mencari ilmu secukupnya dan tak pernah mencuba pun. Padahal Allah dah berfirman yang bermaksud Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan bergitulah sebaliknya.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan". Padahal tak reti pon nak bercinta.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la". Padahal tak buat kerja apa pon.

11."Busy la, banyak keje nie". Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan sunnah nabi.

12."Jodoh tak sampai lagi kot". Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha.

13."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat". Padahal memang dah lumrah alam sebab marah tandanya sayang.

14."Ye lah memang la marah tu tanda sayang tapi saya tak suka la, lepas tu dia heret kita kehulu kehilir". Padahal suka bagi muka kepada orang tu dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan tidak suka.

15. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka". Padahal tak pernah ambil tau tentang apa yang disukai oleh org yang kita sukai. Sedangkan kita selalu buat perkara yang org lain tak suka.

16. "Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la". Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan sedemikian.

17. "Lelaki nie suka pasang ramai org sangat". Padahal ramai artis2 lelaki yang dipujanya dan bila jumpa lelaki kacak mula nak terhegeh-hegeh.

18. "Lelaki memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak". Padahal pentingkan diri- sendiri.

19. "Nak carik yang solehah/soleh lah". Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur je.

20. "Suka yang pakai tudung labuh je". Padahal masih pakai seluar pendek, mandi masih ikut style koboi.

21. "Nak dapat yang berkekalan sehingga ke akhir hayat". Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang cantik saja, suka pada yang kaya saja.

22. "Masalah la". Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.

23. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la". Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik mengabaikan pelajaran sebab dating selalu. Memang dah dungu dah....( kueng kueng kueng....)

24. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya". Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum.

25. "Tak mau la bercinta, dok seorang lagi seronok, tak lah dikongkong, tak akan terluka, jimat duit sikit". Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila. Cemburu tengok org kahwin. Pantang tengok perempuan atau lelaki cantik.

26. "Payah la nak jaga hati masing-masing". Padahal makan hati banyak sangat, sensitive sangat, lepas tu banyak makan sarang tebuan, lepas tu suka sangat main hujan, main api, main mata, main2 dan sebagainya.

27. "Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah cukup semua syarat2, tapi satu pon tak lekat. Memang dah tak ader jodoh kot". Padahal tak ada keyakinan diri, tak ada kerpercayaan pada org lain. Suka dengar cerita daripada org lain, suka buat orang yang kita sukai meluat, perangai macam setan, suka berjudi, suka tikam nombor ekor dll

30. "Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih nie susah lah". Padahal tau boleh kahwin sampai 4 ikut sunnah...


mesti ada yang pernah buat kan....


:eek:

:: IBU @ PASANGAN ::

ada sedikit renungan untuk kita hayati bersama...



"IBU" atau "PASANGAN?"??

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu

Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu........Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila.....Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

renung-renungkan...



April 14, 2009

.: SENYUM & KETAWA :.

Kali ini aku ingin mengutarakan sedikit info mengenai rahsia di sebalik senyuman dan ketawa. Sebebarnya senyuman dan ketawa itu adalah anugerah dari Ilahi kepada manusia sejagat. Lazimnya seseorang itu hanya akan tersenyum dan ketawa bilamana ia teruja dengan sesuatu peristiwa atau kejadian yang mencuit hati. Tetapi berapa ramai yang tahu rahsia di sebalik perbuatan mereka itu? Di sini , aku ingin mengupas satu persatu rahsia yang telah aku dapati dari sumber internet ini juga.

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA

hnya mampu trsenyum...

salam kawan2..
agak lama rasanye aku xmncoretkan nukilan kat blog aku ni..
sejak dua menjak ni aku agak 'buzy' dgn segala kerja...
n minggu lepas merupakan antara minggu tersibuk aku mnguruskan hal perkhemahan..

so this week aku aku dan kelab PROSTAR mengadakan 'outreach community PROSTAR and gunung angsi conservation 09' yang di adakan pada 10 - 12 april 09..
dan bertempat di mana lagi lau bukan ulu bendul, kuala pilah, negeri sembilan..
antara gunung yang tinggi n tahan lasaknye gak la...

perjalanan dari kuala selangor ke kuala pilah mengambil masa lebih kurang 2 setengah jam..
n perjalanan aku kali ni tidak menaiki bus tapi menaiki kereta sendiri..
walaupun penat aku tetap mneruskannye juga..
coz semangat yang aku ada tuk sampai ke puncak mmbuak2..
[poyo je ayt tu]..hehe..

sesampainye aku kat ulu bendul aku masih menunggu sahabat2 aku yang lain serta rombongan pelajar2..
kali ni aku g perkhemahan ni bersama 30 student dari inpens, unisel dan yayasan selangor...
so kira meriah la gak kem kali ni..
n kem kali ni gak dsertai oleh pengerak rakan muda..
dmana mereka ingin mmperkenalkan rakan muda skali selain PROSTAR..
so kerjasama antara kedua2 kelab akan lebih erat la..
hehe...

walaupun aku telah mnjadi pengerusi kelab rakan muda daerah kuala selangor tapi hati aku stil lagi kat PROSTAR..
walaubagaimana pun aku tetap kena redha yang aku telah brada dlm dunia lain..
iaitu dunia rakan muda..
tapi xpela yang penting kedu2nye sama..
mnjadi sukarelawan untuk belia n remaja..

sejak kecil aku mmg suka jadi sukarelawan..
so kiranye bila dh besar ni tercapai gak aku nak jadi suka relawan..
aku dh berkecimpung dlm dunia sukarelawan ni sejak busia 14 thn...
so kira2 nk msk 10 tahun la...
antara kerja yang paling aku minat...

sory trlari tajuk lak..
gunung angsi ni merupakan antara gunung yang berketinggian 820 meter dari aras laut..
dmana hidupan dan tumbuhan2 menghijau tumbuh dengan segar..
pendakian pada kali ke 3 ini merupakan antara yang paling hebat pernah aku wat..
dengan xde persediaannye...aku melangkah kan gak kaki ni tuk meneruskan perjalanan...

pada pendakian sebelum ni aku hanya duk dbahagian belakang...
tapi pada kali ni aku mngambil keputusan tuk duk dbarisan paling hadapan.
aku nak cuba sedaya mana aku mampu brtahan bila duk depan..
tapi alhamdulilah..
aku adalah org ptama yang brjaya sampai ke puncak gunung angsi..
n masa yang aku catat tuk kali ni agak berbeza sedikit..
selalunye 2 jam setengah perjalanan smpai puncak..
tapi kali ni dlm 3 jam..
so kira leh dbanggakan gak la..

pendakian kali ni merupakan antara pendakian yang sangat hebat..
dengan melalui jln baru..
aku trpaksa gak menempuhi jalan yang sangat curam dan licin..
yela mana taknye malam sebelum pendakian hujan begitu lebat...
so alhamdulilah...
akhirnye aku bjaya...
n hnya mampu trsenyum...tanda kepuasan...

aku duk kat puncak kira2 dlm setengah jam sebelum aku brangkat pulang...
berehat sebentar smbil mnghilangkan dahaga dan kepenatan....

dlm setengah jam blalu aku pun brangkat pulang..
tapi sebenarnye aku kena balik bsama team...
but datas sifat keras kepala aku ni..
aku balik sendiri..tapi risau gak bila bsendirian kat gunung n tempat org ni kan..
aku tawakal gak la sepanjang perjalanan...
n alhamdulilah...
aku smpai gak ke tapak perkhemahan tepat jam 3.30 petang..

kepenatan dan kegembiraan yang susah aku nak cari..
mmg aktiviti lasak yang paling aku minat...
so ramai kwn2 aku trkejut bila aku ckp yang aku suka pnjat gunung...
but aku xkisah..
coz dia org xknal aku lagi..

so prjalanan hari tu...
mmg amat2 mnyeronokkan...
terima kasih kepada semua yang terlibat...

April 02, 2009

K.A.W.A.N tu macam ape?

1- kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..

2- kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

3- kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4- kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5- kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6- kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7- kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8- kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..

9- kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10- lagi..... kawan tu mcm ape ye????

Haa..kawan tu mcm ANDA LA!... bila saya hantar msg, anda akan baca msg saya dgn teliti sampai habis... Walau ape pun tanggapan org tentang kawan... bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya... Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara... Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya. . :)